SBBPH LOGIN TEMPAHAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN

INFO-SBBPH LOGIN TEMPAHAN RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN

Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah atau SBBPH merupakan sebuah portal rasmi tempahan rumah peranginan dan pelbagai fasiliti kerajaan di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri.

Sejarah Bahagian Pengurusan Hartanah bermula apabila ditubuhkan dalam tahun 1957 yang mana pada ketika itu dikenali sebagai Pejabat Perumahan Kerajaan (Government Accomodation Office).

Pada ketika itu, fungsinya tertumpu kepada hal rumah Kerajaan sahaja.

Baca Lanjut

HARI MALAYSIA 2023 TEMA & SAMBUTAN PERINGKAT KEBANGSAAN

INFO-HARI MALAYSIA 2023 TEMA & SAMBUTAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Ayuh! Rakyat Malaysia, jom kita ke Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak, pada 16 SEPTEMBER 2023 (AHAD), pukul 7.00 MALAM sempena Sambutan Hari Malaysia 2023.

Pelbagai acara dan persembahan menarik, antaranya, persembahan pembukaan tarian kontemporari berkonsepkan “Soul of Malaysia”, Persembahan Khas Muzikal “Segulai Sejalai” dan saksikan juga persembahan artis-artis terkenal tanah air.

Jangan ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Baca Lanjut

KEMBARA KENALI BORNEO YDP AGONG JADUAL LALUAN ROUTE LOKASI

INFO-KEMBARA KENALI BORNEO YDP AGONG – JADUAL LALUAN ROUTE LOKASI

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyertai misi jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’ dari Sabah ke Sarawak yang akan diadakan dari 3 hingga 13 September 2023.

Ia merupakan pengembaraan bagi mengenali lebih dekat rakyat Malaysia yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak, untuk mendekati penduduk kedua-dua negeri itu.

Baca Lanjut

TIADA PRODUK ALKOHOL DI SEMUA CAWANGAN FAMILYMART

INFO-TIADA PRODUK ALKOHOL DI SEMUA CAWANGAN FAMILYMART

KUALA LUMPUR: QL Resources Bhd (QL), pemegang francais induk FamilyMart Malaysia menetapkan hala tuju jelas untuk tidak menjual minuman alkohol di semua cawangan sedia ada dan yang bakal dibuka di seluruh negara.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Chia Song Kooi, berkata perkara itu akan dikekalkan selaras dengan inisiatif syarikat untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berstatus halal di semua rangkaian FamilyMart.

“Kami sudah menetapkan hala tuju untuk tidak menjual produk alkohol di semua cawangan FamilyMart dan ia akan kekal untuk semua cawangan baharu yang akan dibuka kelak,” katanya kepada BH selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-26 QL.

Baca Lanjut