SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

Kumpulan PUBI mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh Rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum. Kita adalah bangsa Malaysia dan kita adalah Anak Malaysia. Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah kecapi selama ini.

Pencapaian yang kita kecapi selama ini adalah usaha kita bersama. Kita tidak akan berhenti di sini sahaja. Malah akan terus mengorak langkah dalam menjalankan tanggungjawab kita demi negara ini. Kita mampu melakukannya jika kita bersatu hati. 

Semoga negara kita terus maju di persada dunia.. Insyallah

Daripada,
Ahli Jawatankuasa, Ahli Lembaga & Anggota Kabinet Kumpulan PUBI

LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN HARI MALAYSIA 2020

TERKINI: LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN HARI MALAYSIA 2020

‘Malaysia Prihatin’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, bersama logo berbentuk hati dengan warna Jalur Gemilang, melambangkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Tema sambutan tahun ini ialah ‘Malaysia Prihatin’. ‘Malaysia’ membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik COVID-19, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.

Prihatin’ pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia.”

Baca Lanjut