HARI MALAYSIA 2023 TEMA & SAMBUTAN PERINGKAT KEBANGSAAN

INFO-HARI MALAYSIA 2023 TEMA & SAMBUTAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Ayuh! Rakyat Malaysia, jom kita ke Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak, pada 16 SEPTEMBER 2023 (AHAD), pukul 7.00 MALAM sempena Sambutan Hari Malaysia 2023.

Pelbagai acara dan persembahan menarik, antaranya, persembahan pembukaan tarian kontemporari berkonsepkan “Soul of Malaysia”, Persembahan Khas Muzikal “Segulai Sejalai” dan saksikan juga persembahan artis-artis terkenal tanah air.

Jangan ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Baca Lanjut

KEMBARA KENALI BORNEO YDP AGONG JADUAL LALUAN ROUTE LOKASI

INFO-KEMBARA KENALI BORNEO YDP AGONG – JADUAL LALUAN ROUTE LOKASI

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyertai misi jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’ dari Sabah ke Sarawak yang akan diadakan dari 3 hingga 13 September 2023.

Ia merupakan pengembaraan bagi mengenali lebih dekat rakyat Malaysia yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak, untuk mendekati penduduk kedua-dua negeri itu.

Baca Lanjut