INFO-KEMBARA KENALI BORNEO YDP AGONG – JADUAL LALUAN ROUTE LOKASI

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyertai misi jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’ dari Sabah ke Sarawak yang akan diadakan dari 3 hingga 13 September 2023.

Ia merupakan pengembaraan bagi mengenali lebih dekat rakyat Malaysia yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak, untuk mendekati penduduk kedua-dua negeri itu.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Tiada Produk Alkohol Di Semua Cawangan Familymart

Menurut sumber dari Istana Negara, kembara selama 11 hari itu akan bermula dari Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Lundu.

Kembara di Sabah akan bermula dari 3 hingga 6 September disusuli di Sarawak bermula dari 7 hingga 13 September meliputi perjalanan sejauh 2154 kilometer.

Difahamkan, kembara Seri Paduka Baginda akan melalui jalan Lebuhraya Pan Borneo di kedua-dua negeri.

JADUAL PERJALANAN (ROUTE) KEMBARA KENALI BORNEO 2023

Berikut adalah butiran Kembara Borneo Dirgahayu Tuanku:

  • Tarikh: 3 September 2023 – 13 September 2023 (berdurasi 11 hari)
  • Jarak: Jumlah jarak melibatkan lebih daripada 2,154 km
  • Laluan: Jalan darat lebuh raya Pan Borneo yang merentasi Sabah, Brunei, dan Sarawak

Berikut adalah merupakan jadual lengkap perjalanan Program Kembara YDP Agong ini iaitu:

  • 3 September – Memulakan Jelajah Kembara Kenali Borneo
  • 7 September
  • Tiba di Sarawak dari Sabah melalui jalan darat di pintu masuk ICQ Merapok Lawas dan rombongan akan terus ke Bandar Lawas menuju ke Tebingan Lawas sebelum meneruskan perjalanan ke Negara Brunei Darussalam.
  • Berada di Brunei selama 3 hari sehingga 9 September.
  • 9 September – Meneruskan Kembara Kenali Borneo di Sarawak.
  • 13 September – Kembara akan berakhir di Zero KM Telok Melano.

LOKASI DILAWATI

Berikut adalah merupakan lokasi yang akan dilawati semasa Program Kembara YDP Agong ini iaitu:

  • Sabah
  • Lokasi yang bakal dilawati di Sabah akan melibatkan beberapa daerah seperti Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Ranau (Kundasang), Kota Kinabalu, Penampang dan Sipitang.
  • Sarawak
  • Lokasi yang akan dilawati di Sarawak termasuk Tebingan Lawas, Miri Handicraft Centre, Coco Cabana Miri, Kampung Pangkalan Lutong, Pantai Bungai Bekenu, Kampung Penan Muslim Batu 10, Rumah Panjang Raymond Plen, Sungai Gelam, Sebauh, Tokong Yu Lung Tian En Si Sibu, Kampung Bandung Sibu, Pasar Central Sibu, Masjid Bahagian Sri Aman, Fort Alice Sri Aman dan Zero KM Lebuh Raya Pan Borneo, Telok Melano.

PERINGATAN MESRA

Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong amat terharu dengan sambutan hebat rakyat terhadap program Kembara Kenali Borneo yang kini berlangsung sehingga 13 September 2023 kelak.

Namun begitu, Seri Paduka Baginda dan Pihak Urusetia Pelaksana Kembara Kenali Borneo juga amat prihatin dengan keselamatan diri dan ahli keluarga rakyat yang teruja menantikan ketibaan konvoi Kembara Kembali Borneo di lokasi-lokasi yang telah dirancang.

Oleh yang demikian, adalah dipohon untuk:

  • Orang ramai sentiasa berada di bahu jalan raya dan tidak menyeberangi jalan raya ketika konvoi melintasi lokasi-lokasi untuk mengelakkan kemalangan atau kejadian yang tidak diingini.
  • Orang ramai tidak bersusah payah menanti ketibaan konvoi terutamanya sehingga lewat malam bersama anak-anak kecil.
  • Pihak berkuasa tempatan mengambil langkah-langkah kawalan yang berkesan bagi memastikan keselamatan diri orang ramai yang berada di bahu jalan raya terjamin.

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami melalui pautan https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD atau join whatsapp group melalui pautan https://chat.whatsapp.com/KF7heUQLzkjD14T5MJHXNS