PROGRAM BICARA SANTAI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 28hb Ogos 2022 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya sebuah program yang julong kali dianjurkan oleh KOPUBI Perak Bhd iaitu Program Bicara Santai yang melibatkan sesi bual bicara diantara Ahli Lembaga Koperasi dan anggota KOPUBI Perak Bhd.

Program ini telah berlangsung di Tower Regency Hotel & Residence dengan kehadiran hampir 30 orang anggota kopertasi termasuk Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd yang diketuai oleh Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman.

Hadir ke program ini adalah Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap setiausaha koperasi, En Haizul Fakarudin serta Bendahari Koperasi Pn Samsiah.

Baca Lanjut

BICARA ILMU PELAN KESINAMBUNAN KEPIMPINAN KOPERASI

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 25hb Ogos 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah dijemput oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak untuk hadir ke sebuah program iaitu Bicara Ilmu Pelan Kesinambunan Kepimpinan Koperasi: Kesan dan Sampingan.

Program ini adalah kerjsama di antara Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Casuarina@Meru Ipoh Perak.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke program yang gilang gemilang ini adalah Tuan Pengerusi koperasi En Sharul Rahman dan Setiausaha Koperasi, En Haizul Fakarudin serta Bendahari Koperasi Puan Samsiah.

Baca Lanjut

MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 18hb Ogos 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah dijemput untuk menghadiri ke Mesyuarat Jawatankuasa Kantin oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bercham, Ipoh Perak.

Hadir ke mesyuarat ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman dan Ketua Biro Koperasi merangkap Ahli Lembaga iaitu En Shahrul Izam.

Tujuan utama Mesyuarat Jawatankuasa Kantin ini adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan kantin sekolah yang dikendalikan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) melalui anggota koperasi yang mendapat tender menguruskan operasi kantin tersebut.

Baca Lanjut

LAWATAN KERJA DAN TAPAK BAGI KONTRAK PEMBERSIHAN

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 17hb Ogos 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan kerja dan tapak ke Kolej Komuniti Pasir Salak, Kampung Gajah, Perak.

Hadir ke lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan tujuan utama lawatan ini adalah menawarkan sebut harga serta mendengar taklimat berkaitan Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan Kolej Komuniti Pasar Salak.

Pegawai daripada Kolej Komuniti Pasar Salak yang bertugas pada hari tersebut telah mengalu-alukan kedatangan para kontraktor perkhidmatan pembekalan ke taklimat ringkas dan menyampaikan syarat-syarat sebut harga yang telah ditetapkan.

Baca Lanjut