
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 30hb Ogos 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah hadir ke taklimat tawaran sebut harga bagi Taklimat Perkhidmatan Pembekalan Makanan Dan Minuman bagi Orang Kena Tahan Jabatan Imigresen Negeri Perak di Bangunan KDN, Bandar Meru Raya, Ipoh Perak.
Hadir ke lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan taklimat berkaitan sebut harga ini telah diberikan oleh salah seorang Pegawai Tadbir Jabatan Imegresen Negeri Perak.
Bagi sebut harga Perkhidmatan Pembekalan Makanan Dan Minuman bagi Orang Kena Tahan Jabatan Imigresen Negeri Perak ini, pihak KOPUBI Perak Bhd sangat berminat untuk menawarkan diri secara rasmi sebagai salah sebuah kontraktor yang menawarkan perkhidmatan seperti mana ditawarkan.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI