KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 18hb Ogos 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah dijemput untuk menghadiri ke Mesyuarat Jawatankuasa Kantin oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bercham, Ipoh Perak.

Hadir ke mesyuarat ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd iaitu En. Sharul Rahman dan Ketua Biro Koperasi merangkap Ahli Lembaga iaitu En Shahrul Izam.

Tujuan utama Mesyuarat Jawatankuasa Kantin ini adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan kantin sekolah yang dikendalikan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) melalui anggota koperasi yang mendapat tender menguruskan operasi kantin tersebut.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Lawatan Kerja dan Tapak Bagi Kontrak Pembersihan

Mempengerusikan mesyuarat tersebut adalah Pengetua sekolah iaitu Tuan Haji Nik Mohamad Supian serta dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada guru serta wakil pelajar.

Alhamdulillah, mesyuarat tersebut telah berjalan dengan harmoni serta berjaya mengumpulkan isu-isu serta kaedah penyelesaian supaya operasi kantin dapat ditambah baik serta mutu perkhidmatan dapat dipertingkatkan.

KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah koperasi usahawan yang sedang meningkat naik akan sentiasa meneruskan usaha-usaha murni di dalam membangunkan sektor keusahawan dan menyemarakkan gerakan koperasi di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah.. 

#KOPUBIPerakBhd #KOPUBI #KoperasiUsahawan #KumpulanPUBI