KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 25hb Ogos 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah dijemput oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak untuk hadir ke sebuah program iaitu Bicara Ilmu Pelan Kesinambunan Kepimpinan Koperasi: Kesan dan Sampingan.

Program ini adalah kerjsama di antara Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Casuarina@Meru Ipoh Perak.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ke program yang gilang gemilang ini adalah Tuan Pengerusi koperasi En Sharul Rahman dan Setiausaha Koperasi, En Haizul Fakarudin serta Bendahari Koperasi Puan Samsiah.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Lawatan Kerja dan Tapak Bagi Kontrak Pembersihan

Program ini telah dihadiri oleh koperasi-koperasi yang berdaya maju di daerah kinta dan turut melibat koperasi-koperasi di Negeri Perak yang turut bersama-sama di dalam usaha menyemarakkan gerakan koperasi pada masa kini.

Tetamu VIP bagi majlis ini adalah Yang Berbahagia Datuk Mohd Ali bin Mansor selaku Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan turut hadir adalah Pengerusi ANGKASA Negeri Perak iaitu Tn. Hj. Mohd. Rosli Hj. Basri.

Program yang dianjurkan ini terlalu padat dengan pengisian serta input-input yang sangat berguna untuk gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Adalah menjadi harapan kepada Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd untuk terus menjalankan aktiviti ekonomi yang produktif bagi memastikan objektif penubuhan KOPUBI Perak Bhd tercapai dalam tempoh 5 tahun pertama penubuhannya.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga KOPUBI Perak Bhd menjadi salah sebuah koperasi yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah.. 

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia