TARIKH PEMBAYARAN BKM FASA 4 MULAI 15 NOVEMBER 2022

INFO : TARIKH PEMBAYARAN BKM FASA 4 MULAI 15 NOVEMBER 2022

Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 bagi mereka yang lulus permohonan dan rayuan akan mula dibayar secara berperingkat mulai 15 November 2022.

BKM ialah bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan untuk isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal.Bantuan ini diberikan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Untuk Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BANTUAN KHAS MAHASISWA PERAK 3.0 RM200

INFO : PERMOHONAN BANTUAN KHAS MAHASISWA PERAK 3.0 RM200

Di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Shaarani, Kerajaan Negeri Perak menawarkan Bantuan Khas Mahasiswa Perak 3.0 khusus kepada mahasiswa B40.

Bantuan Khas Mahasiswa Perak 3.0 adalah bantuan secara one-off yang disalurkan kepada mahasiswa B40 di Negeri Perak yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Bantuan khas ini dijayakan dibawah Pejabat Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi & Sumber Manusia, melalui agensi pelaksana Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Yayasan Perak, Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Gerakan Mahasiswa Perak (GMPk).

Baca Lanjut

SEMAKAN STATUS BKM & KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

TERKINI: SEMAKAN STATUS BKM & KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Terkini, laman web BKM telah memaparkan status dalam pengkreditan BKm Fasa 3 melalui semakan Maklumat Asas bagi permohonan berstatus Lulus.

Sila rujuk cara untuk anda membuat semakan status BKM serta kemaskini maklumat tentang pembayaran yang bakal diterima mengikut kategori.

Baca Lanjut

BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN MAHASISWA PERAK 2022

INFO: BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN MAHASISWA PERAK 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Negeri Perak kini menawarkan permohonan Bantuan Kecemasan dan Bantuan Sara Diri Mahasiswa. Pelajar kelahiran Perak yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon secara atas talian.

Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pelajar dalam menampung perbelanjaan harian sewaktu menjalani pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Baca Lanjut