PEMULIH: SENARAI PAKEJ PERLINDUNGAN RAKYAT & PEMULIHAN EKONOMI

INFO: PEMULIH – SENARAI PAKEJ PERLINDUNGAN RAKYAT & PEMULIHAN EKONOMI

Kini sedang berlangsungnya pengumuman senarai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH.

Pakej ini diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang masih dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN). Nilai keseluruhan Pakej PEMULIH adalah sebanyak RM150 bilion.

Berikut antara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin:

Baca Lanjut

PANDUAN PERMOHONAN RAYUAN BPR ONLINE (MULAI 15 JUN 2021)

INFO: PANDUAN PERMOHONAN RAYUAN BPR ONLINE (MULAI 15 JUN 2021)

Tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021 bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Baca Lanjut

BPR 2021: PERMOHONAN RAYUAN & TARIKH PEMBAYARAN (OGOS 2021)

INFO: BPR 2021 – PERMOHONAN RAYUAN & TARIKH PEMBAYARAN (OGOS 2021)

Pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 yang mana permohonan mereka tidak diluluskan, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan rayuan BPR akan dibuka mulai 15 Jun 2021.

Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan proses rayuan dibuka bagi memastikan bantuan ini dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar layak.

Untuk makluman, seramai 8.4 juta penerima telah menerima BPR pada bulan Februari/Mac dan Mei tahun ini dengan jumlah yang telah disalurkan adalah sebanyak RM4.6 bilion.

Baca Lanjut

PERMOHONAN SRSBBT PEMERKASA PLUS: MORATORIUM PEMILIK BAS & TEKSI

INFO: PERMOHONAN SRSBBT PEMERKASA PLUS – MORATORIUM PEMILIK BAS & TEKSI

Pemilik dan pengusaha bas dan teksi yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, mereka boleh membuat permohonan lanjutan moratorium di bawah Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi (SRSBBT) di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).

Untuk makluman, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pembentangan PEMERKASA Plus pada 31 Mei yang lalu menyatakan peruntukan RM1 bilion disediakan bagi SRSBBT di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).

Objektif utama SRSBBT adalah untuk membantu pengusaha-pengusaha bas dan teksi yang layak yang mempunyai tunggakan kemudahan pembiayaan dengan syarikat-syarikat pembiayaan sewa beli dan kredit, dengan memberikan lanjutan moratorium sehingga 12 bulan dan lanjutan tempoh pembayaran bagi penstrukturan semula pembiayaan sewa beli dan kredit, sebagai langkah mitigasi untuk mengurangkan impak pandemik COVID-19 dan tempoh PKP ke atas perniagaan mereka.

Baca Lanjut