TAKLIMAT TRIBUNAL RAYUAN PERSAINGAN (TRP)

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 25hb Februari 2022 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menerima kunjungan wakil daripada Tribunal Rayuan Persaingan (TRP) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Putrajaya.

Mewakili Tribunal Rayuan Persaingan (TRP) ini adalah Pn Rusita binti Md Lazim selaku Setiausaha Tribunal dan Pn Wan Zuraida binti Wan Nawan selaku Timbalan Setiausaha sert Cik Nor Baizura binti Mohd Saubian selaku pegwai undang-undang.

Baca Lanjut

BAYARAN BKM TAMBAHAN RM500-RM300 BAGI ISI RUMAH & WARGA EMAS

INFO: BAYARAN BKM TAMBAHAN RM500-RM300 BAGI ISI RUMAH & WARGA EMAS

Tak lama lagi, pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan bagi penerima yang layak. Tahukah anda, bagi penerima yang lulus, terdapat bayaran tambahan BKM yang telah diperuntukkan.

Bayaran Tambahan BKM ini dikhaskan bagi penerima kategori Isi Rumah dan juga Warga Emas, serta tertakluk kepada pendapatan semasa.

Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.

Baca Lanjut

SEMARAK NIAGA KELUARGA MALAYSIA : PEMBIAYAAN PKS MIKRO RM40 BILION

INFO: SEMARAK NIAGA KELUARGA MALAYSIA – PEMBIAYAAN PKS MIKRO RM40 BILION

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia dengan akses pembiayaan kepada sektor perniagaan terutamanya Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta Mikro berjumlah RM40 bilion.

Tujuan inisiatif ini diumumkan adalah untuk memastikan keupayaan PKS dan Mikro terpelihara terutamanya ekoran penularan pandemik COVID-19.

Inisiatif ini juga sebahagian daripada strategi induk Belanjawan 2022 untuk membantu sektor perniagaan bangkit semula terutamanya kepada PKS dan Mikro.

Baca Lanjut

BKM BUJANG : SEMAKAN KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN FASA 1 – 4

INFO: BKM BUJANG – SEMAKAN KELAYAKAN & JUMLAH BAYARAN FASA 1 – 4

Kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) menerusi Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 bagi mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Bayaran pertama, iaitu bayaran Fasa 1 BKM dijangka akan dibuat bermula Mac 2022 ini.

Di sini kami kongsikan cara untuk anda membuat semakan status BKM untuk pemohon bujang serta maklumat tentang pembayaran yang bakal diterima.

Baca Lanjut