PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Terkini pada 25hb Februari 2022 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah menerima kunjungan wakil daripada Tribunal Rayuan Persaingan (TRP) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Putrajaya.
Mewakili Tribunal Rayuan Persaingan (TRP) ini adalah Pn Rusita binti Md Lazim selaku Setiausaha Tribunal dan Pn Wan Zuraida binti Wan Nawan selaku Timbalan Setiausaha sert Cik Nor Baizura binti Mohd Saubian selaku pegwai undang-undang.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Operasi Mengukur Tapak Festival Riang Raya
Menyambut kehadiran deligrasi Tribunal Rayuan Persaingan (TRP) adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan, Timbalan Pengerusi Persatuan, Pn Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha Persatuan dan En Khairul Akmal selaku Ahli Jawatankuasa Induk PUBI Perak.
Objektif utama Kunjungan wakil Tribunal Rayuan Persaingan (TRP) ini adalah bertujuan untuk menerangkan fungsi dan peranan badan induk ini di dalam sektor keusahawanan di negara kita ini.
Untuk makluman semua, Tribunal Rayuan Persaingan merupakan suatu badan bebas yang ditubuhkan di bawah seksyen 44 Akta Persaingan 2010 [Akta 712] yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 dan dianggotai oleh seorang Presiden dan anggota yang dilantik oleh Perdana Menteri atas syor Menteri.
Presiden Tribunal Rayuan Persaingan hendaklah dilantik daripada kalangan Hakim Mahkamah Tinggi dan anggota-anggotanya ialah orang yang mempunyai kepakaran yang berkaitan dalam perindustrian, perdagangan, ekonomi, undang-undang, perakaunan, atau hal-ehwal pengguna.
Presiden dan anggota Tribunal Rayuan Persaingan hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi enam tahun.
Alhamdulillah, Pihak PUBI Perak telah menyambut baik kehadiran wakil Tribunal Rayuan Persaingan dan mengambil maklum tentang fungsi dan peranan badan ini.
Disamping itu, kedua-dua pihak telah menyatakan hasrat untuk memperkukuhkan lagi agenda dan objektif pembangunan keusahawanan demi masa hadapan peniaga-peniaga kecil mahupun besar di Negeri Perak ini.
Semoga dengan perjumpaan ini akan mengeratkan hubungan kedua-dua pihak disamping memberi faedah dan peluang untuk membangunkan usahawan pada masa hadapan serta mendapat faedah bersama pada masa hadapan.
Insyallah, hasil dari pertemuan ini PUBI Perak beriltizam untuk meneruskan perjuangan dalam usaha membangunkan usahawan di Bandaraya Ipoh secara khususnya dan di Negeri Perak secara amnya.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju bersama di dalam gabungan yang berjaya ditubuhkan dan berdaya saing sebagai sebuah Gabungan Persatuan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
#PUBI #NGOUsahawan #CaknaEkonomiBangsa
KOMEN TERKINI