JOM DAFTAR – BENGKEL PERSEDIAAN & PEMANTAPAN KERTAS KERJA USAHAWANITA PUBI PERAK

JOM DAFTAR – BENGKEL USAHAWAN ANJURAN PUBI PERAK!


PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN DI SAMPING MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.

Bagi pembuka tirai 2020 ini, Jawatankuasa Pembangunan Usahawan PUBI Perak yang diketuai oleh Pn Zuraida telah merancang dan menyusun sebuah bengkel yang berimpak tinggi di mana para peserta terutamanya golongan usahawanita akan mempelajari teknik-teknik serta persediaan yang diperlukan untuk membuat kertas kerja (Paper Work) untuk projek, permohonan dana mahupun perancangan perniagaan. 

Bengkel yang dimaksudkan itu adalah Bengkel Persediaan & Pemantapan Kertas Kerja Usahawanita PUBI Perak 2020.

Kami sangat memahami bahawa ramai di antara kita yang kurang berkeyakinan serta mempunyai kerisauan tertentu di dalam menyediakan kertas kerja dan kekurangan ilmu tentang dokumen-dokumen yang diperlukan di dalam menyediakan kertas kerja yang mantap bagi tujuan mengembangkan perniagaan masing-masing.

Baca Lanjut

JOM DAFTAR – BENGKEL INTENSIF & LATIHAN ONLINE MARKETING

PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN DI SAMPING MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.

Bengkel tersebut adalah Bengkel Intensif & Latihan Online Marketing di mana melalui bengkel ini peserta akan mempelajari perkara asas dan perkara penting untuk meningkatkan jualan serta jenama masing-masing melalui platform media sosial dan digital marketing.

Kami sangat faham kepentingan pemasaran di kalangan usahawan dan bakal usahawan yang ingin meningkatkan jualan serta mengembangkan perniagaan masing-masing di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar masa kini.

Sekiranya kita gagal menambah ilmu serta gagal memahami perubahan semasa di dalam bidang pemasaran, kita berkemugkinan besar akan mengalami kegagalan yang akan mengakibatkan kerugian besar termasuklah wang ringgit, tenaga dan masa kita yang sangat berharga.

Baca Lanjut

TERKINI – LAGU RASMI KUMPULAN PUBI DILANCARKAN

LAGU RASMI KUMPULAN PUBI YANG BERJUDUL ‘SEMARAK SEMANGATMU’ SECARA RASMINYA TELAH DILANCARKAN PADA PROGRAM TEMU RAPAT 2019 YANG LALU.

Terkini pada 15hb Disember 2019 yang lalu, lagu rasmi Kumpulan PUBI yang berjudul ‘Semarak Semangatmu’ telah dilancar di hadapan hampir 100 orang ahli-ahli PUBI Perak, Anggota KOPUBI dan juga ahli-ahli Kelab Belia PUBI.

Lagu rasmi yang beirama Pop Kormersial bertemakan motivasi ini telah dicipta dan ditulis oleh komposer tempatan iaitu saudara Arman Salleh.

Baca Lanjut

TEASER LAGU RASMI KUMPULAN PUBI

KUMPULAN PUBI ADALAH SEBUAH GABUNGAN YANG MENGABUNGKAN 3 BUAH ENTITI DI BAWAH SATU PAYUNG.

PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK (PUBI PERAK)

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD (KOPUBI PERAK BHD)

KELAB BELIA PEMACU USAHAWAN BANDAR IPOH (KBPUBI)

Baca Lanjut