TERKINI – LAGU RASMI KUMPULAN PUBI DILANCARKAN

LAGU RASMI KUMPULAN PUBI YANG BERJUDUL ‘SEMARAK SEMANGATMU’ SECARA RASMINYA TELAH DILANCARKAN PADA PROGRAM TEMU RAPAT 2019 YANG LALU.

Terkini pada 15hb Disember 2019 yang lalu, lagu rasmi Kumpulan PUBI yang berjudul ‘Semarak Semangatmu’ telah dilancar di hadapan hampir 100 orang ahli-ahli PUBI Perak, Anggota KOPUBI dan juga ahli-ahli Kelab Belia PUBI.

Lagu rasmi yang beirama Pop Kormersial bertemakan motivasi ini telah dicipta dan ditulis oleh komposer tempatan iaitu saudara Arman Salleh.

Baca Lanjut

TEASER LAGU RASMI KUMPULAN PUBI

KUMPULAN PUBI ADALAH SEBUAH GABUNGAN YANG MENGABUNGKAN 3 BUAH ENTITI DI BAWAH SATU PAYUNG.

PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK (PUBI PERAK)

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD (KOPUBI PERAK BHD)

KELAB BELIA PEMACU USAHAWAN BANDAR IPOH (KBPUBI)

Baca Lanjut

RAKAMAN LAGU RASMI KUMPULAN PUBI

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 9hb November 2019 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah merancang untuk mehasilkan sebuah lagu rasmi Kumpulan PUBI di mana lagu ini akan diperdengarkan kepada umum sewaktu penganjuran program-program di bawah Kumpulan PUBI iaitu PUBI Perak (NGO), Koperasi (KOPUBI) dan Kelab Belia PUBI (KBPUBI).

Baca Lanjut