
JOM DAFTAR – BENGKEL USAHAWAN ANJURAN PUBI PERAK!
PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN DI SAMPING MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.
Bagi pembuka tirai 2020 ini, Jawatankuasa Pembangunan Usahawan PUBI Perak yang diketuai oleh Pn Zuraida telah merancang dan menyusun sebuah bengkel yang berimpak tinggi di mana para peserta terutamanya golongan usahawanita akan mempelajari teknik-teknik serta persediaan yang diperlukan untuk membuat kertas kerja (Paper Work) untuk projek, permohonan dana mahupun perancangan perniagaan.
Bengkel yang dimaksudkan itu adalah Bengkel Persediaan & Pemantapan Kertas Kerja Usahawanita PUBI Perak 2020.
Kami sangat memahami bahawa ramai di antara kita yang kurang berkeyakinan serta mempunyai kerisauan tertentu di dalam menyediakan kertas kerja dan kekurangan ilmu tentang dokumen-dokumen yang diperlukan di dalam menyediakan kertas kerja yang mantap bagi tujuan mengembangkan perniagaan masing-masing.
Bagi mengurangkan bebanan dan tekanan di dalam menyediakan kertas kerja yang ingin disediakan oleh usahawanita dan bakal usahawnita di Negeri Perak ini maka PUBI Perak di bawah Jawatankuasa Pembangunan Wanita ini sangat berbesar hati untuk membantu anda dengan mengadakan bengkel yang sangat ekslusif serta memberi manfaat yang besar buat anda semua.
Dengan pelaburan yang sangat minima anda akan dibimbing sehinga berjaya menghasilkan sebuah Kertas Kerja yang mengagumkan dan meningkatkan peluang anda untuk mendapat dana serta projek-projek yang menjanjikan pulangan kepada perniagaan masing-masing.
Info bengkel ini adalah seperti berikut:
Lokasi : Pejabat PUBI Perak,Station 18, Ipoh
Masa : 9am-5pm
Tarikh : 18 January 2020 (sabtu)
Bayaran : RM120 termasuk makan dan sijil (RM100 untuk Ahli)
CEPAT! TEMPAT TERHAD ! 10 orang terawal sahaja yang akan kami KONGSIKAN dan BIMBINGAN BERTERUSAN akan diberikan.
*Wanita diberi keutamaan
Modul Bengkel dikendalikan oleh tenaga pengajar yang ingin berkongsi pengalaman beliau yang telah mendapat bantuan perniagaan dari beberapa agensi kerajaan pada 2019.
Antara topik-topik yang akan diajar sepanjang bengkel ini adalah ;
1. Persediaan akaun harian anda
2. Persediaan profil syarikat
3. Mentor terhadap pencarian dana perniagaan
4. Pengetahuan tentang peluangan geran
5. Peluang menyertai booth/karnival
Tenaga pengajar juga telah berjaya membantu beberapa usahawan dalam mendapatkan bantuan perniagaan dan dana seperti berikut ;
1. Tabung Perniagaan Asas Tani – RM20,000.00
2. Dana Usahawan Muda 19 tahun – RM25,000
3. Syarikat Trading – RM80,000
Untuk mendaftar sila whatsapps;
1. www.wasap.my/601110603599/Bengkel+Kertas+Kerja
2. www.wasap.my/60195763924/Bengkel+Kertas+Kerja
Tarikh Tutup Bayaran 14HB JANUARI 2020
Semoga bengkel ini akan memberi manfaat dan inspirasi kepada kita untuk terus maju dan berjaya di dalam perniagaan masing-masing. Sama-sama kita jadikan tahun 2020 ini sebagai tahun pencetus kejayaan yang lebih besar kepada kita semua.
Insyallah..
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.
Pn. Aini Safina Jamaluddin
Ahli Mesyuarat JK Pembangunan Wanita PUBI Perak
KOMEN TERKINI