LAGU RASMI KUMPULAN PUBI YANG BERJUDUL ‘SEMARAK SEMANGATMU’ SECARA RASMINYA TELAH DILANCARKAN PADA PROGRAM TEMU RAPAT 2019 YANG LALU.

Terkini pada 15hb Disember 2019 yang lalu, lagu rasmi Kumpulan PUBI yang berjudul ‘Semarak Semangatmu’ telah dilancar di hadapan hampir 100 orang ahli-ahli PUBI Perak, Anggota KOPUBI dan juga ahli-ahli Kelab Belia PUBI.

Lagu rasmi yang beirama Pop Kormersial bertemakan motivasi ini telah dicipta dan ditulis oleh komposer tempatan iaitu saudara Arman Salleh.

Saudara Arman Salleh adalah bekas penyanyi kepada kumpulan yang pernah popular satu masa dahulu iaitu OTO Band. Lagu kumpulan ini yang popular adalah berjudul ‘Pencinta Sempurna’.

Untuk lagu rasmi Kumpulan PUBI ini, judul lagu yang diberi nama ‘Semarak Semangatmu’ telah dinamakan oleh Pengerusi Kumpulan PUBI sendiri iaitu En. Sharul Baha Bin Abd Rahman.


SEMARAK SEMANGATMU | Lagu Rasmi Kumpulan PUBI kini boleh diperdengar di laman web ‘YouTube’.


‘SEMARAK SEMANGATMU’

Komposer Lagu & Lirik : Arman Salleh
Penyanyi : Siti Nuraini

Verse 1 :

Maju Langkah Bersama Seia Senada
Menuju Cita-Cita Kita
Di bawah Satu Nama
Kita Bergandingan Bahu Bersama

Verse 2 :

Bersatu Kita Teguh Selamanya Tetap Utuh
Tetap Cekal Menempuhi Cabaran
Kini Tiba Masanya Kita Terbang ke Bintang
Bersinar Pada Dunia

Chorus : 

Semarak Semangatmu
Berakhlak dan Berilmu
Takkan Gentar Bermotivasi
Bersama Kumpulan

Bersatu Mencakna Ekonomi Bangsa

Repeat Chorus until the end.

© 2019 PUBI Perak. All Rights Reserved.


Kumpulan PUBI adalah sebuah gabungan yang mengabungkan 3 buah entiti di bawah satu payung di mana kumpulan ini menjadi penggerak utama gerakan usahawan di Bandaraya Ipoh secara khususnya.

Melalui gabungan ini, wadah dan perjuangan dalam sektor keusahawanan dapat di bawa dan akan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus maju di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar.

Semoga kumpulan ini akan melahirkan lebih ramai usahawan yang bertaraf jutawan yang beriman serta memberi manfaat kepada agama, negara dan juga bangsa.

En. Sharul Baha Bin Abd Rahman
Pengerusi Kumpulan PUBI