KUMPULAN PUBI ADALAH SEBUAH GABUNGAN YANG MENGABUNGKAN 3 BUAH ENTITI DI BAWAH SATU PAYUNG.
PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK (PUBI PERAK)
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD (KOPUBI PERAK BHD)
KELAB BELIA PEMACU USAHAWAN BANDAR IPOH (KBPUBI)
Terkini Kumpulan PUBI akan melancar sebuah lagu rasmi yang berjudul ‘Semarak Semangatmu” yang mana lagu ini akan diperdengarkan kepada umum sewaktu penganjuran program-program di bawah Kumpulan PUBI iaitu PUBI Perak (NGO), KOPUBI Perak Bhd (Koperasi) dan Kelab Belia PUBI atau KBPUBI.
Lagu ini buat pertama kali akan didendangkan pada Program Temu Rapat Kumpulan 2019 yang bakal berlangsung pada 15hb Disember 2019 ini di Dewan Orang Ramai Desa Perwira, Rapat Setia Ipoh Perak.
Dengan terhasilnya lagu ini KUMPULAN Perak sebagai sebuah entiti yang aktif di Bandaraya Ipoh akan mempunyai imej tersendiri serta berada pada kelasnya yang tersendiri.
Semoga KUMPULAN PUBI akan terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, Koperasi yang berinovatif serta menjadi sebuah wadah buat belia usahawan yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..
SEMARAK SEMANGATMU (Teaser Lagu Rasmi Kumpulan PUBI)
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan
Pn Norhuda Abd Razak
Ahli Jawatankuasa PUBI Perak
KOMEN TERKINI