PROGRAM KEUSAHAWANAN GRADUAN MOHE X SHOPEE: SISWA MALL

PROGRAM KEUSAHAWANAN GRADUAN MOHE X SHOPEE: SISWA MALL

Graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berpeluang mendapat latihan keusahawanan dan e-dagang menerusi Program MoHE x Shopee: Siswa Mall.

Program MoHE x Shopee: Siswa Mall adalah salah satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Penjana KPT-Career Advancement Program (KPT-CAP).

Inisiatif ini diperkenalkan dalam membantu graduan Universiti Awam tahun 2019-2022 serta pelajar semester akhir tahun 2022 untuk mendapatkan penempatan pekerjaan sebagai usahawan digital melalui platform perniagaan dalam talian.

Untuk makluman, program ini sebelum ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi pada 25 November 2021 bertempat di DATC, UiTM Shah Alam.

Baca Lanjut

SKIM PEMBIAYAAN ONLINE TEKUN NASIONAL UNTUK USAHAWAN BUMIPUTERA DAN INDIA

INFO: SKIM PEMBIAYAAN ONLINE TEKUN NASIONAL UNTUK USAHAWAN BUMIPUTERA DAN INDIA

Sukacita dimaklumkan bahawa TEKUN Nasional kini menawarkan Skim Pembiayaan Online atau SPOT kepada usahawan informal dan mikro (Bumiputera dan India).

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar dalam satu program sesi dialog baru-baru ini.

Sebagai permulaan, sebanyak RM 10 juta diperuntukkan dengan sasaran kepada 1,000 usahawan terutamanya usahawan dalam talian bagi mengembangkan perniagaan online mereka.

Baca Lanjut

BENGKEL MARKETING POWER

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 17hb Ogos 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat khusus buat peserta-peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar tahun 2021 dan juga 2022.

Baca Lanjut

5 TIPS PENGURUSAN WANG UNTUK USAHAWAN MUDA

5 TIPS PENGURUSAN WANG UNTUK USAHAWAN MUDA

Pakar kewangan mengesyorkan agar anda menyimpan wang setiap bulan, tetapi itu lebih mudah dikatakan daripada dilakukan. Lagipun, ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi orang ramai untuk menghabiskan duit dengan berbelanja sebaik saja menerima gaji.

Walaubagaimanapun, jika anda ingin memulakan perniagaan, anda perlu melepaskan diri dari kitaran ini dan mula membuat belanjawan dan menyimpan. Ianya merupakan tugas yang mencabar, tetapi ia mesti dilakukan jika anda ingin berjaya sebagai seorang usahawan.

Jom kita amalkan lima petua di bawah ini.

Baca Lanjut