NAK MULA UBAH BISNES KE ARAH DIGITAL? INI PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU

NAK MULA UBAH BISNES KE ARAH DIGITAL? INI PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU

Dalam era globalisasi ini, teknologi digital telah menjadi satu keperluan untuk para usahawan. Walaupun begitu, ramai yang menghadapi kekangan dari segi masa, kemahiran dan kewangan untuk berubah ke arah pendigitalan ini. Mana tidaknya, zaman sekarang ramai pelanggan sudah tidak membawa tunai dan lebih selesa untuk melakukan transaksi secara digital.

Usahawan-usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), sektor-sektor korporat dan awam sangat digalakkan untuk beralih ke arah teknologi digital. Pada masa kini, teknologi digital memainkan peranan yang penting dalam konteks perniagaan. Dalam kata lain, kita hanya akan menemui jalan mati apabila gagal beradaptasi.

Baca Lanjut

5 TIPS PENGURUSAN WANG UNTUK USAHAWAN MUDA

5 TIPS PENGURUSAN WANG UNTUK USAHAWAN MUDA

Pakar kewangan mengesyorkan agar anda menyimpan wang setiap bulan, tetapi itu lebih mudah dikatakan daripada dilakukan. Lagipun, ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi orang ramai untuk menghabiskan duit dengan berbelanja sebaik saja menerima gaji.

Walaubagaimanapun, jika anda ingin memulakan perniagaan, anda perlu melepaskan diri dari kitaran ini dan mula membuat belanjawan dan menyimpan. Ianya merupakan tugas yang mencabar, tetapi ia mesti dilakukan jika anda ingin berjaya sebagai seorang usahawan.

Jom kita amalkan lima petua di bawah ini.

Baca Lanjut

TERKINI – KELAB BELIA PUBI DITUBUHKAN SECARA RASMINYA

DALAM USAHA MENARIK MINAT LEBIH RAMAI GOLONGAN BELIA MENYERTAI USAHAWAN, KUMPULAN PUBI MENGAMBIL LANGKAH KE HADAPAN DENGAN PENUBUHAN KELAB BELIA PEMACU USAHAWAN BANDAR IPOH ATAU DENGAN NAMA SINGKATAN KBPUBI!

Terkini pada 12hb November 2019, Kelab Belia PUBI yang diusahakan oleh Ahli Jawatankuasa Induk PUBI Perak yang terdiri daripada Setiausaha Kehormat, Saudara Mohamad Jamean dan Pen. Bendahari PUBI Perak iaitu Cik Mawardah.

Baca Lanjut