PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 17hb Ogos 2022 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat khusus buat peserta-peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar tahun 2021 dan juga 2022.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Kunjungan Pengerusi Putik Dan Stopover Sdn Bhd

Program yang dimaksudkan adalah Bengkel Marketing Power yang telah dijalankan secara di dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet.

Objektif utama kursus yang dianjurkan ini adalah untuk mengukuhkan ilmu pemasaran di kalangan peserta PEKB di bawah seliaan PUBI Perak disamping mengulangkaji pembelajaran tentang teknik asas pemasaran yang berkesan secara di dalam talian mahupun secara offline selaras dengan perkembangan industri pemasaran semasa yang kian berkembang buat masa ini.

Melalui bengkel ini juga segala ilmu pengetahuan tentang asas pemasaran yang berkesan akan dapat dipertingkatkan dan dalam masa yang sama memberikan kesedaran semasa kepada golongan ini.

Bengkel yang padat turut merangkumi pelbagai bahagian pemasaran yang terkini di mana telah dikendalikan oleh salah seorang penceramah yang diiktiraf oleh Malaysia Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) atau Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia iaitu En. Firdaus Ali.

Antara topik-topik yang turut dikongsikan kepada peserta pada sesi kali ini adalah Sosial Media Marketing, Digital Marketing dan juga
Google Business Marketing.

Peserta yang mengikuti bengkel ini telah bertanya soalan serta berkongsi pengalaman masing-masing di dalam menjalankan perniagaan menggunakan teknik-teknik pemasaran yang berkesan yang telah dipelajari sebelum ini.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh salah seorang penceramah yang diiktiraf oleh Malaysia Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) atau Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia iaitu En. Firdaus Ali.

Alhamdulillah, bengkel ini telah berlangsung dengan jayanya dan para peserta telah mendapat manfaat serta impak yang tersendiri yang sangat diperlukan di dalam menjalankan perniagaan masing-masing.

Turut menghadiri bengkel ini secara dalam talian sebagai tanda memberi sokongan adalah Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI), En. Sharul Rahman dan Bendahari Persatuan, Saudara Mohammad Nafis.

En. Sharul Rahman juga turut menyampaikan kata-kata semangat dan motivasi serta berharap akan ke semua peserta PEKB yang dikendalikan oleh PUBI Perak akan mendapat kejayaan di dalam bidang perniagaan masing-masing.

Semoga bengkel ini akan memberi impak yang besar kepada peserta yang hadir serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak