PROGRAM ‘IFTAR DELIVERY’ KASIH ANAK YATIM 2020
Buat pertama kali, Kumpulan PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh dengan kerjasama Adily Catering akan menganjurkan sebuah program amal yang diberi nama Program Iftar Delivery Kasih Anak Yatim 2020.
Objektif utama program ini adalah untuk menyantuni anak-anak yatim dan fakir miskin yang menginap di rumah-rumah kebajikan atau pertubuhan anak-anak yatim dengan memberi mereka juadah berbuka yang akan dihantar secara delivery.
Kita semua sedia maklum bahawa sewaktu bulan Ramadhan, anak-anak yatim dan fakir miskin ini kebiasaannya diraikan serta disantuni dengan majlis-majlis berbuka puasa oleh segenap masyarakat.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI