MESYUARAT AJK INDUK PUBI PERAK BIL – 03/2019

PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK SENTIASA KOMITED UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN MELALUI PERGERAKAN NGO YANG DINAMIK DAN TERSUSUN.

Terkini pada 18hb Ogos 2019 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak – Bil.03/2019 bagi sesi 2019/22 di Pejabat Urusan PUBI Perak.

Baca Lanjut

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2019/1440H

PUBI PERAK DAN KOPUBI PERAK BHD MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM

Marilah kita mengambil kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan menghayatinya betapa tiada perintah yang lebih utama dan terpenting melainkan perintah Allah S.W.T. Di bulan yang penuh keberkatan ini, kami doakan agar kita semua beroleh rahmat dariAllah sebanyak-banyaknya. Aamiin.

Daripada,
AJK PUBI Perak & ALK KOPUBI Perak Bhd


Baca Lanjut

PROGRAM RIADAH BERSAMA ANAK YATIM DAN ASNAF SERTA KUTIPAN TABUNG KASIH PUBI PERAK

PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK (PUBI PERAK) MELALUI JK KEBAJIKAN & KEROHANIAN AKAN MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM RIADAH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF.

Walaupun sibuk dengan usaha-usaha murni membangun dan membantu usahawan, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh tidak mengabaikan golongan yang memerlukan.

Terkini PUBI Perak akan menganjurkan sebuah program amal di mana seramai 35 orang anak yatim dan miskin di bawah kendalian Pertubuhan Rumah Perlindungan Kebajikan Sosial Mutiara Kasih Perak termasuk pengasuh mereka telah dipilih untuk mengikuti program riadah dan santai.

Baca Lanjut

MAJLIS PERASMIAN HPPNK NEGERI KEDAH

PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG BERDAYA SAING SENTIASA MEMBERI SOKONGAN KEPADA SEGALA AKTIVITI KEUSAHAWAN YANG DIANJURKAN OLEH PIHAK KERAJAAN.

Terkini pada 25hb Julai 2019 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh telah mendapat jemputan daripada SME Corp Negeri Perak untuk hadir ke Majlis Perasmian HPPNK Negeri Kedah dan Minggu Keusahawanan PKS 2019 Wilayah Utara yang telah berlangsung di Taman Jubli Emas, Alor Star Kedah Darul Aman.

Baca Lanjut