PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK SENTIASA KOMITED UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN MELALUI PERGERAKAN NGO YANG DINAMIK DAN TERSUSUN.

Terkini pada 18hb Ogos 2019 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak – Bil.03/2019 bagi sesi 2019/22 di Pejabat Urusan PUBI Perak.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Persatuan diadakan secara berkala bagi membincangkan Aktiviti yang bakal dijalankan serta hala tuju Persatuan bagi Suku Ke-4 tahun ini.

Terima kasih dan Tahniah kepada seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang sangat komited untuk hadir ke Mesyuarat.

Semoga dipermudahkan segala urusan Jawatankuasa ini di dalam usaha menjayakan misi & visi Persatuan bagi membantu Para Bakal Usahawan dan Usahawan di Bandaraya Ipoh ini.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Insyallah..



Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Mohamad Jamean Zulkepli
Setiausaha Kehormat Kumpulan PUBI