KENYATAAN MEDIA PUBI PERAK

KENYATAAN MEDIA PUBI PERAK BERKAITAN PELANTIKAN YB MENTERI BESAR NEGERI PERAK

 

  1. PUBI Perak menyokong penuh pelantikan Yang Berhormat Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu sebagai Menteri Besar Negeri Perak yang baharu oleh DYMM Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
  2. Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan YB wajar meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini terutamanya berkaitan dengan pembangunan keusahawanan bumiputera, penyediaan infrastruktur dan fasiliti untuk memastikan usahawan di Negeri Perak untuk terus maju serta berdaya saing.
  3. Kerajaan di bawah Pimpinan YB Menteri Besar juga wajar meneruskan program-program untuk membantu usahawan kecil mahupun besar dari segi modal termasuk pinjaman, pemberian geran dan sebagainya serta menjaga kepentingan usahawan bumiputera di Negeri Perak.
  4. PUBI Perak juga berharap pimpinan YB Menteri Besar memberi perhatian sepenuhnya termasuk membantu serta mengiktiraf NGO-NGO yang bergerak seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri memajukan Negeri Perak.
  5. PUBI Perak juga mengambil kesempatan untuk memgucapkan terima kasih kepada Mantan Menteri Besar YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir kerana telah memberi ruang dan peluang kepada PUBI Perak selama YAB Dato’ Seri berkhidmat sebagai Menteri Besar di Negeri Perak.

 

Sekian,

Sharul Baha Bin Abd Rahman

Pengerusi PUBI Perak

11/05/2018

TAHNIAH YANG BERHORMAT AHMAD FAIZAL BIN DATO’ AZUMU

TAHNIAH! YANG BERHORMAT AHMAD FAIZAL BIN DATO’ AZUMU

PUBI Perak merakamkan ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Yang Berhormat Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu  yang telah dilantik oleh DYMM Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perak yang berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar sebentar tadi. Baca Lanjut