
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 19hb Julai 2023 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dijemput utk menyertai Kempen eDuit Hotspot Negeri Perak 2023 di Daerah Kinta telah berlangsung di Pasar Tani, Stadium Indera Mulia.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Operasi Membekalkan Peralatan Kepada Peserta PEKB 2023
Program ini merupakan satu program ‘Walk-About’ anjuran Kerajaan Negeri Perak melalui Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak iaitu YB Puan Salbiah Mohamed.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) yang turut hadir pada program Kempen eDuit Hotspot Negeri Perak 2023 ini adalah En. Haizul Fakarudin selaku Setiausaha Persatuan dan En. Mohamad Nafis selaku Bendahari Persatuan.
Program ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan sokongan Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak), pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Perbandaran Manjung) dan sembilan institusi-institusi kewangan iaitu Maybank, Hong Leong Bank, CIMB Bank, Public Bank, Bank Islam, Agrobank, Bank Rakyat, MBSB Bank dan Touch n Go Digital.
Buat permulaan, inisiatif tanpa tunai ini dilaksanakan terlebih dahulu di daerah Kinta dan Manjung pada tahun ini.
Program ini menyasarkan 3,000 peniaga kecil dan mikro di gerai dan medan selera, para pekedai di Ipoh Old Town serta usahawan-usahawan di bawah TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Perak.
Selain di Daerah Kinta, projek perintis kempen ini juga difokuskan di Daerah Manjung.
Melalui sistem e-pembayaran, para peniaga dan pengguna akan menikmati pelbagai manfaat dari segi kos, kecekapan dan keselamatan dengan membantu meningkatkan peluang perniagaan, pengurusan rekod perniagaan yang lebih teratur serta melindungi kedua-dua pihak daripada risiko kecurian dan penerimaan wang palsu. Juga ia dapat membantu masyarakat dan komuniti negeri Perak meningkatkan proses pendigitalan dan mengurangkan jurang digital di kalangan rakyat negeri Perak selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Perak melalui pelan Perak Sejahtera 2030 bagi menjadikan Perak sebuah negeri ekonomi digital.

Di samping memberikan hebahan dan promosi Kempen eDuit Hotspot, program ‘Walk-About’ ini juga bertujuan untuk beramah mesra dan memberi keyakinan kepada para peniaga bagi menggalakkan proses migrasi kepada pembayaran tanpa tunai.
Seorang peniaga dan seorang pengunjung bertuah yang melakukan transaksi tertinggi menggunakan transaksi tanpa tunai telah turut menerima wang berjumlah RM300 yang disampaikan oleh YB Puan Salbiah hasil sumbangan Hong Leong Bank.
Juga YB Puan Salbiah berkesempatan melancarkan promosi Jualan Pakej Kombo Madani oleh FAMA Negeri Perak dan serahan bendera kepada pengunjung bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Hadir bersama-sama dalam program ‘Walk-About’ ini adalah Pengarah STeP En Mohamad Rozlan Mohamad Razalli, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak, Mohamad Suhaimi Mohamad Tahir, Pengarah FAMA Negeri PERAK, Tn Hj Noorsham Ramly, Pengurus Wilayah AIM Perak En Shahfizan Hamdan, wakil Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta, wakil BNM, jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan.
Dengan ketersediaan sistem e-pembayaran yang canggih seperti e-dompet, para peniaga dan juga pengguna akan menikmati pelbagai manfaat dari segi kos, kecekapan dan keselamatan selaras dengan motto “Selamat, Senang dan Segera”
Program dan kempen yang berlangsung selama 6 bulan bermula Jun hingga Disember 2023 ini akan diperluaskan ke semua jenis perniagaan di daerah-daerah lain pada masa akan datang.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak
KOMEN TERKINI