INFO- INTIPATI EKONOMI MADANI: MEMPERKASA RAKYAT

Ekonomi Madani merupakan satu kerangka ekonomi yang telah diperkenalkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut memegang portfolio Menteri Kewangan Malaysia.

Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ adalah sebagai wadah mengangkat semula darjat dan martabat negara ini dan menjadi satu wawasan untuk kita membina Malaysia yang lebih baik untuk kita dan anak-anak kita.

Wawasan ini akan dibina berasaskan nilai-nilai MADANI dan memerlukan penggemblengan seisi masyarakat Malaysia untuk merealisasikan visi ini.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Belanjawan 2024: Tarikh, Fokus Utama & Bantuan Rakyat

Ianya juga akan menjadi induk kepada beberapa lagi dasar khusus yang akan diumumkan kelak antaranya termasuklah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

FOKUS

Ekonomi Madani memfokuskan kepada 2 perkara berikut:

  1. Menstruktur semula ekonomi ke aras Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia.
  2. Meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.

MATLAMAT EKONOMI MADANI

  • Kedudukan antara 30 ekonomi terbesar dunia.
  • Tangga ke-12 teratas dunia dalam Daya Saing Global.
  • Tangga ke-25 teratas dunia dalam Indeks Pembangunan Manusia.
  • Meningkatkan bahagian pendapatan pekerja kepada 45%.
  • Tangga ke-25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah.
  • Ke arah kemampanan fiskal, sasaran defisit fiskal 3%, atau lebih rendah.
  • Kadar penyertaan tenaga buruh wanita mencapai 60%.

MENANGANI MASALAH NEM

Terdapat tiga masalah utama dari Model Ekonomi Baharu (NEM) yang dilancarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2010 dilihat membelenggu pertumbuhan ekonomi hingga ke hari ini, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

3 masalah tersebut ialah:

  • Penumpuan sektor ekonomi secara terpilih.
  • Dasar gaji yang tidak progresif.
  • Kedudukan kewangan kerajaan lemah.

Kerangka Ekonomi Madani berjaya menganjakkan pendekatan ekonomi negara untuk memberi pil-pil ekonomi yang lebih radikal untuk menyelesaikan masalah-masalah pokok.

Sebahagian pil-pil ekonomi telah pun dilancarkan seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang merupakan industri yang mendapat pelaburan tertinggi di dunia.

Selain mencipta peluang-peluang ekonomi, ia juga boleh menjadi daya tarikan kepada pelabur-pelabur kerana banyak syarikat berteknologi tinggi yang mahukan tenaga bersih untuk memindahkan operasi mereka ke negara ini.

Penganalan Dasar Gaji Progresif dijangka akan menaikkan gaji kerja awam dan swasta dan untuk pengetahuan ini adalah kali pertama kerajaan campur tangan dalam menetapkan gaji semua pekerja.

INTIPATI PENUH EKONOMI MADANI

Sebarang Pertanyaan dan info lanjut sila layari laman web Pejabat Perdana Menteri dipautan https://www.pmo.gov.my/ms/2023/07/slaid-majlis-peluncuran-ekonomi-madani-memperkasa-rakyat-2/

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami melalui pautan https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD atau join whatsapp group melalui pautan https://chat.whatsapp.com/KF7heUQLzkjD14T5MJHXNS