PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 06hb Ogos 2023 yang lalu, AJK PUBI Perak telah mengadakan Lawatan Kasih ke rumah salah seorang AJK PUBI Perak iaitu En Khairul Akmal yang merupakan AJK PUBI dan merangkap Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Hari Keluarga AJK PUBI Perak
Tujuan lawatan ini adalah untuk menziarah Isteri En Khairul Akmal yang baru sahaja melahirkan anak mereka yang kedua dan syukur Alhamdulillah kerana mereka telah dikurniakan seorang bayi perempuan yang sihat.
Mengetuai lawatan itu adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak dan turut dihadiri oleh barisan AJK seperti Pn Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha, Pn Jamaliah, Pn Norhuda dan juga Saudara Aiman.
Pada lawatan tersebut, wakil PUBI Perak ini telah bertanya khabar serta mengucapkan tahniah atas kurniaan cahaya mata tersebut serta beramah mesra di antara satu sama lain.
Pn Zuraida Zulkepli mewakili barisan AJK turut memberi sumbangan wang tunai hasil kutipan di kalangan AJK PUBI kepada Isteri En Khairul Akmal sebagai tanda persahabatan yang terjalin di antara mereka semua.
Syukur ke hadrat Illahi kerana matlamat program ini telah tercapai dan semoga amalan ziarah-menziarahi atau kunjung mengunjungi ini memberi manfaat yang amat besar dan membolehkan yang jauh menjadi dekat.
Semoga terbentuklah satu ikatan kasih sayang yang dapat mengeratkan sesama insan serta mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan Ahli Jawatankuasa PUBI Perak seterusnya melahirkan kepimpinan yang saling menghargai di antara satu sama lain.
Diharapkan dengan terlaksananya program sebegini akan dapat mengukuhkan lagi kerjasama yang terjalin di kalangan Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2023/27 ini dan akan membawa PUBI Perak sebagai salah sebuah NGO Usahawan yang disegani di Bandaraya Ipoh ini.
Tidak hairanlah sekiranya PUBI Perak akan terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI