Gambar – Google

INFO – SIAPA CAKAP KERJA SENDIRI TAK BOLEH ADA PENCEN?

Ramai orang suka kerja kerajaan sebab ada pencen! Ya betul (buat masa ini), tapi tak bermakna kerja sendiri tak boleh ada ‘duit pencen’ untuk hari tua!

Tak kisahlah mencari rezeki sebagai peniaga pasar malam, peniaga online dan sebagainya, biarpun tak ada majikan tapi masih boleh ada pencen.

Sebenarnya apa nak susah, i-Saraan di bawah kelolaan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang dah bermula sejak 1 Januari 2018 dulu kan ada. Mungkin masih ramai yang tidak pernah tahu tetapi hakikatnya kerajaan Malaysia telah memperkenalkan i-Saraan kepada sesiapa saja yang bekerja sendiri.

Adakah Pampasan Rm1.17 Juta Kepada Waris Mangsa Tragedi Kren Tumbang Di Mekah Termasuk Dalam Harta Pusaka? –>

i-Saraan ini bertujuan untuk membantu pekerja yang tiada pendapatan tetap untuk tujuan pesaraan. Menerusi i-Saraan ini mereka akan menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan tanpa sebarang masalah.

Sebagai ahli caruman tambahan yang diberikan oleh pihak kerajaan adalah 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun berkuatkuasa 1 Januari 2018) ke atas caruman yang dilaksanakan.

Golongan yang bekerja sendiri memang agak susah nak buat komitmen untuk caruman atau bayaran tetap setiap bulan, tapi mereka boleh membuat bayaran pada bila-bila masa mengikut berapa saja jumlah yang ada.

PERHATIAN!!!

  • ​i-Saraan ini tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap daripada majikan.
  • ​Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 55 tahun kebawah.

5 Benda Kita Kena Tahu Mengenai ‘Overlap Loan’ –>

FAEDAH YANG BAKAL DIPEROLEHI PENCARUM

Faedah yang bakal pencarum dapat daripada i-Saraan ini adalah mereka akan menikmati dividen tahunan di atas simpanan pesaraan mereka sendiri. Selain itu, mereka yang bekerja sendiri boleh mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan sendiri serta boleh membuat pengeluaran wang mengikut terma dan syarat.

Pencarum akan menerima insentif kerajaan sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi pencarum yang berumur kurang daripada 55 tahun. Insentif ini berkuatkuasa dari tahun 2018 sehingga 2022.

Manakala bantuan kematian sebanyak RM2,500 telah disediakan mengikut terma dan syarat oleh KWSP.

Walaupun bekerja sendiri dan tiada caruman daripada majikan, kita masih lagi mampu hidup selesa seperti mereka yang mendapat caruman daripada majikan dengan caruman i-Saraan. Kini tiada lagi kata-kata “bekerja sendiri tiada simpanan untuk masa hadapan“.

Padah Menanti Jika Berikan Anak Peranti Elektronik Lebih Dua Jam Sehari –>

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENCARUM

  • Warganegara Malaysia
  • Orang yang bekerja sendiri (Orang yang bekerja berdasar hasil pendapatan sendiri dan bukan orang yang makan gaji daripada majikan)
  • Ahli KWSP
  • Berumur 55 tahun dan kebawah
  • Telah membuat pilihan i-Saraan (BORANG boleh didapati di laman web KWSP)

PENTING!!!

Suri Rumah hanya boleh membuat 1 insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan insentif suri (i-suri) maka untuk membuat permohonan i-Saraan anda perlu MEMBATALKAN permohonan i-suri terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada kelayakan pemohon.

10 Perkara Perlu Ada Untuk Berjaya

CARA DAN SALURAN PEMBAYARAN I-SARAAN:

Cara pembayaran boleh dilakukan melalui 3 cara iaitu melalui internet banking, kaunter ajen bank atau melalui kaunter KWSP yang berdekatan.

  • Bank yang terlibat melalui internet banking adalah Maybank, public bank & RHB bank sahaja.
  • ​Manakala, pembayaran melalui ejen bank (pembayaraan melalui tunai/cek) adalah BSN, Maybank, Public Bank & RHB Bank.
  • ​atau melakukan pembayaran menggunakan kaunter KWSP (pembayaran secara tunai MAKSIMUM RM500)

Apa pendapat anda? Dah mula nampak jalan untuk punya pencen di hari tua walau hakikatnya hanya bekerja sendiri?

Eh, jangan tunggu lama-lama, ayuh kita ke pejabat KWSP hari ini juga.

Sumber : Majalah Libur