TERKINI – ‘ADIK DISURUH BARING DIROTAN BERKALI-KALI’
“SAYA nampak adik kena pukul dengan ustaz. Dia disuruh baring dan dirotan berkali-kali,” kata kanak-kanak berusia 10 tahun menceritakan kejadian berkenaan.
Menurutnya, adik lelakinya berusia sembilan tahun lebam dipukul seorang tenaga pengajar di sebuah pusat tahfiz di Jalan Sungai Korok dekat sini, dipercayai sejak sebulan lalu.
Katanya, adiknya itu tinggal di asrama sekolah sejak empat bulan lalu.
Kanak-Kanak Maut Tercekik Mangga –>
“Sebelum ini adik bersekolah di sekolah (rendah) biasa. Dia (adik) ditukarkan ke sekolah (tahfiz).
“Ketika cuti sekolah (Disember lalu), emak hantar saya ke sekolah itu selama sebulan dan saya mula nampak adik dirotan ustaz,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Flat Simpang Kuala di sini, semalam.
Katanya, adiknya pernah mengadu dipukul guru terbabit dengan alasan dia tidak dapat menghafaz bacaan al-Quran dengan baik sebelum memaklumkan kepada ibu mereka.
“Ustaz tak bagi saya campur dan saya hanya mampu mendengar adik menangis sebab sakit. Saya beritahu emak dan ayah yang adik dipukul,” katanya.
Ibu kepada kanak-kanak malang yang mahu dikenali sebagai Aida berkata, suaminya sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar selepas mengetahui kes penderaan yang menimpa anaknya itu.
“Saya tidak sangka anak kecil diperlakukan seperti itu. Habis bahagian belakang badan dan punggungnya lebam dan berbirat dipukul.
“Hari Ini Saya Telah Kehilangan Abang Akibat Kecuaian Pemandu Mabuk.” – Adik –>
“Saya terima kalau pukulan untuk mengajar atau mendidik tetapi jangan sampai cedera teruk macam itu,” katanya.
Menurutnya, anaknya kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, sejak Rabu lalu.
“Anak juga diberi kaunseling oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Sampai sekarang dia trauma dan tak cakap banyak mungkin sebab takut dengan apa yang dilaluinya. Setahu saya dia kena pukul sejak sebulan lalu. Saya tidak boleh tenerima perbuatan sebegini, mereka (tenaga pengajar) perlu guna cara berhemah, bukannya mendera atau memukul pelajar pada usia berkenaan,” katanya.
Bayi Lelaki Antara Tiga Maut Nahas Di Sungai Buloh –>
Harian Metro difahamkan, tenaga pengajar yang memukul mangsa sudah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dibuat keluarga mangsa namun enggan mengulas lanjut.
Sumber – Metro
KOMEN TERKINI