KITA SEMUA SEDIA MAKLUM BAHAWA KEJAYAAN TIDAK DATANG DENGAN MUDAH.
Setiap kejayaan itu pasti didahului dengan kegagalan demi kegagalan. Daripada kegagalan tersebutlah, kita belajar dan bangkit dengan penuh bersemangat dengan satu tujuan iaitu untuk berjaya bukan sahaja di dunia malah akhirat.
Untuk memperoleh kejayaan dalam hidup, kita perlukan teknik-teknik dan cara yang betul. Bukan main hentam keromo sahaja. Tanpa teknik yang betul, kita seperti berperang tanpa senjata atau memasuki dewan peperiksaan tanpa membuat persediaan terlebih dahulu.
Hari ini PUBI Perak kongsikan sedikit tips untuk kita semua untuk dijadikan panduan dan rujukan. Insyallah.
1. Mentor.
Seorang mentor dapat membimbing kita dalam perjalan menuju kejayaan. Carilah mentor yang pakar dalam bidang yang kita ingin berjaya lakukan.
Dan, yang paling penting sekali adalah mentor itu juga mesti sudah terbukti berjaya di dalam membimbing orang lain untuk berjaya, dan mahu semestinya dia juga mahu mengajar kita untuk berjaya.
2. Inspirasi.
Seorang yang mahu berjaya memerlukan inspirasi untuk berjaya. Contohnya mengagumi kejayaan tokoh-tokoh terkenal kerana sumbangan yang diberikan pada masyarakat dan agama.
Ia adalah cara effektif dan sangat terbukti untuk menginspirasikan diri kita sendiri seterusnya membawa ke jalan kejayaan yang kita mahukan. Inspirasi juga mampu membuat kita kekal dan sentiasa positif.
3. Hadiri majlis ilmu.
Tidak rugi sekiranya kita melaburkan sedikit masa dan wang untuk menghadiri program-program dan seminar-seminar yang berkaitan.
Contoh jika anda nak jadi pakar pizza, kita perlulah hadir kursus yang mengajar cara membuat pizza yang tersedap. Semakin tinggi ilmu yang kita ada maka semakin tinggilah pendapatan kita, jika kita membuat tindakan yang sebaiknya.
4. Motivasi.
Kita sangat memerlukan motivasi untuk kita berjaya. Setiap hari, sebelum melakukan pekerjaan, kita hendaklah berfikiran positif dan bersemangat untuk mencapai target pada hari tersebut.
Kita mesti yakin bahawa kita boleh melakukannya. Seandainya kita bermotivasi selalu, orang di sekeliling kita juga secara tidak langsung dapat menyedut aura kita. Ini menjadikan hari kita akan lebih bermakna.
5. Keyakinan diri.
Kita perlu yakin pada kebolehan yang kita ada. Kita sering bertanya, ‘bolehkah aku melakukannya?’
Percayalah bahawa kita makhluk yang Allah ciptakan mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri, tiada yang lebih dan tiada yang kurang.
Kita perlu yakin dan tentukan bahawa impian yang betul selari dengan kebolehan diri kita sendiri.
6. Kerja keras.
Untuk mencipta kejayaan yang berterusan, semestinya kita perlu bekerja keras untuk mendapatkannya. Jangan ada dalam diri kita sikap yang mudah berputus asa dan melakukan kerja separuh jalan.
Ini kerana, bukan senang untuk mencapai kejayaan dengan mudah. Seseorang itu perlu melalui beberapa fasa jatuh dan bangun yang amat memeritkan sebelum mengecap kejayaan.
7. Fokus.
Kita juga perlu fokus dalam membentuk kerjaya dalam perniagaan. Kita mestilah tetapkan hati dan betulkan niat kita. Minda dan emosi kita juga perlu kuat bagi menghadapi saat-saat getir dan sukar dalam perniagaan.
Fokus kita juga perlu pada apa yang ingin kita lakukan dan tidak menyeleweng pada perkara yang tidak perlu. Paling penting sekali, kita perlu fokus dan merealisasiakan apa yang kita sasarkan pada bisnes kita.
8. Kreativiti.
Setiap individu yang ingin berjaya perlu ada kreativiti yang tersendiri.
Contohnya jika kita nak berjaya dalam perniagaan, perniagaan kita perlu ada kelainan dan ciri-ciri yang unik, yang membezakan perniagaan kita dari perniagaan yang lain.
Kita perlu bijak mencipta idea sendiri dan mencipta kelainan yang unik supaya bisnes kita sentiasa berinovasi dan berkembang dengan pesat selaras dengan perkembangan semasa.
9. Bijak berkomunikasi.
Kejayaan bukan sekadar bergantung pada usaha semata-mata, tapi juga cara kita berkomunikasi dengan keluarga serta masyarakat sekeliling. Tidak ada maknanya jika kita berjaya tetapi tidak mengecapinya bersama orang di sekeliling kita.
Dan, yang penting sekali semakin besar kejayaan yang kita mahu, bergantung kepada berapa banyak manfat yang kita boleh kongsikan dengan orang lain. Ini memerlukan kebijaksanaan di dalam komunikasi untuk melakukannya.
10. Anda bersedia membantu orang lain.
Dan yang terakhir sekali adalah kita jangan kedekut untuk berkongsi ilmu yang kita ada dengan orang lain di sekeliling kita. Saling bantu membantu dan berkongsi idea dapat memantapkan lagi bisnes anda serta mewujudkan persaingan yang sihat.
Lebih banyak kita membantu orang lain maka akan lebih ramai yang akan membantu kita satu masa nanti. Bak kata pepatah Inggeris, “the more you give, the more you get.”
Sekian dahulu perkongsian dari PUBI Perak buat hari ini dan pesanan kami jangan lupakan kongsikan kebaikan dan ilmu ini. Sebarkan kepada teman-teman seperjuangan kita semua supaya aura positif ini dapat mengalir dan di dalam masa yang sama akan mengubah cara kita berfikir dan bertindak.
Semoga bisnes kita semua bertambah maju dan pesat membangun. Insyallah..
KOMEN TERKINI