INFO – 5 BENDA KITA KENA TAHU MENGENAI ‘OVERLAP LOAN’

Pembiayaan semula atau bahasa anak muda overlap loan boleh merujuk kepada penggantian hutang sedia ada. Terma dan syarat pembiayaan semula mungkin berbeza dari satu insitusi kewangan ke satu institusi kewangan yang lain.

Overlap loan biasanya dilakukan oleh peminjam yang menghadapi masalah kewangan bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan mereka dengan tempoh yang ditetapkan untuk membayar hutang mereka.

Dalam konteks kewangan peribadi, pembiayaan semula hutang-hutang yang pelbagai menjadikan pengurusan hutang lebih mudah. Jika hutang faedah tinggi seperti hutang kad kredit disatukan ke dalam gadaian janji rumah, peminjam boleh membayar hutang yang tinggal pada kadar gadai janji dalam tempoh yang lebih lama.

1. Pakej Pinjaman Mengikut Kesesuaian Dan Kemampuan

Overlap loan memberikan kita pilihan pakej yang sesuai dengan kedudukan kewangan semasa dan dalam keadaan pasaran ekonomi negara semasa.

Kita akan membayar faedah yang tetap sepanjang tempoh pinjaman sekiranya memilih kadar faedah tetap. Namun, jika kita memilih kadar faedah yang ‘floating’, ianya akan berubah mengikut kadar pasaran semasa.

Kemudahan pembiayaan semula membolehkan kita menukar pakej pembiayaan mengikut kesesuaian yang kita mahukan.

2. Komitmen Kewangan Bulanan Berkurangan

Bagi mereka yang mempunyai komitmen kewangan bulanan yang tinggi, pelan pembiayaan semula dengan tempoh pembayaran yang lebih panjang agar kita dapat membayar ansuran bulanan yang lebih kecil.

Penjimatan ini kemudiannya boleh digunakan sebagai simpanan atau pelaburan. Jangan pergi buat hutang baru pula.

3. Faedah Pinjaman Akan Berkurang

Perubahan yang berlaku dalam KPA (Kadar Pinjaman Asas) akan mempengaruhi kadar faedah pinjaman. Ini akan membantu kita mengurangkan ansuran bulanan pinjaman apabila pihak bank menawarkan KPA yang lebih rendah dan kompetitif. 

Siapa yang tak suka bila dikenakan kadar faedah yang lebih murah?

4. Bebanan Hutang Meningkat

Bagi anda yang berhadapan dengan masalah kewangan, overlapping loan dilihat sebagai salah satu cara penyelesaian masalah. Tempoh pembiayaan yang lebih lama akan menyebabkan bayaran ansuran bulanan menjadi lebih rendah.

Namun jika tidak diurus secara bijak, overlap loan ini sebenarnya dapat meningkatkan bebanan hutang kerana kita perlu membayar lebih dalam jumlah faedah secara keseluruhan bagi tempoh jangka masa yang panjang.

5. Mana Perginya Lebihan Wang Tersebut?

Sekiranya kita mempunyai baki jumlah pinjaman rumah berjumlah RM200,000 dan nilai semasa rumah adalah sebanyak RM300,000, maka kita boleh membiayai semula 90% daripada 300,000 (iaitu 270,000). Kita boleh gunakan wang tersebut untuk melangsaikan pinjaman lain dan bakinya dijadikan simpanan atau buat modal untuk melabur.

Tapi ada juga ramai yang guna wang tersebut untuk membuat pelaburan dalam skim yang bukan-bukan yang kononnya menjanjikan pulangan lumayan. Malah ada yang juga yang membuat hutang baru dengan membeli kereta yang tak sepatutnya dibeli.

Oleh itu berhati-hatilah dengan wang yang secara tiba-tiba ada depan mata. Silap haribulan, bebanan yang lebih besar menanti kita.

(opens in a new tab)”>Pembiayaan Peribadi Bai’ Al-Inah KOPUBI Perak Bhd –>


OVERLAP LOAN BAGUS JIKA KITA PANDAI KAWAL NAFSU

Kesimpulannya, overlap loan mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Kajilah sejauh mana overlap loan betul-betul dapat memberi faedah kepada kita.

Bagi mereka yang boleh kawal nafsu, memang terbaik dan boleh dijadikan sebagai instrumen untuk mengurangkan bebanan hutang.

Sumber Rujukan: