KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 02hb April 2022 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil.01/2022 bagi sesi tahun 2021/2022 di MU Hotel, Ipoh Perak.
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah diadakan secara berkala bagi membincangkan aktiviti ekonomi koperasi yang bakal dijalankan pada suku pertama yang lalu dan suku tahun kedua bagi tahun 2022 ini.
Terima kasih dan tahniah kepada seluruh Ahli Lembaga yang sangat komited untuk hadir ke Mesyuarat. Semoga dipermudahkan segala urusan Ahli Lembaga ini di dalam usaha menjayakan misi & visi koperasi membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak ini.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Sesi Tandatangan Perjanjian Projek Usahasama Pembekalan Makanan
Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #CaknaEkonomiBangsa
KOMEN TERKINI