PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 18hb Ogos 2021 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dijemput untuk menghadiri satu sesi anjuran Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) secara di dalam talian bagi membincangkan isu-isu berkaitan Perusahawan Kecil dan Sederhana (PKS) Negeri Perak.

AKTIVITI PERSATUAN YANG LALU: Program Peluang Meneroka Pasaran Vietnam Anjuran STeP

Turut menyertai sesi ini adalah wakil daripada pihak Kerajaan Negeri Perak iaitu Ybrs Puan Halizah Sipun selaku Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN).

Manakala mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ke sesi ini pula adalah Pengerusi PUBI iaitu En. Sharul Rahman dan Setiausaha Kehormat En Haizul Fakarudin.

Untuk maklumat semua, sesi ini turut melibatkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu YB Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, walaubagaimanapun beliau tidak dapat hadir di saat-saat akhir di atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

Terdapat lebih 20 buah NGO berkaitan usahawan yang berdaftar telah menyertai sesi ini termasuk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) di mana Pengerusi En. Sharul Rahman dan Setiausaha kehormat persatuan iaitu En Haizul telah turut sama hadir secara di dalam talian.

Mempengerusikan sesi ini adalah En. Mohamad Rozlan Mohamad Razalli selaku Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) yang berpengkalan di Pusat Usahawan PKNP Bandar Meru Raya.

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah menyertai sesi yang telah dianjurkan oleh Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) ini.

Di dalam sesi ini, setiap NGO diberi peluang dan ruang untuk memberikan pandangan serta mencakna pemikiran ke arah membangunkan usahawan terutamanya pada waktu Pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia ini.

Pelbagai idea dan pandangan telah berjaya dicakna dan disampaikan kepada pihak kerajaan dan semoga segala pandangan tersebut diangkat serta dijadikan sebagai satu kenyataan demi memantapkan pembangunan usahawan di negeri Perak ini.

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak juga turut menyatakan pandangan yang membina serta menyambut baik usaha yang telah dilakukan oleh pihak STeP ini.

PUBI Perak juga sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan terus meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu serta membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak