
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 11hb Ogos 2021 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah menghantar wakil bagi menghadiri sebuah program anjuran Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) yang bertajuk ‘Peluang Meneroka Pasaran Vietnam : Apa Yang Anda Perlu Tahu?’
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Aktiviti Membeli Barang-Barang Keperluan Food Bank Kumpulan PUBI
Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) adalah Timbalan Pengerusi, En Shahrul Izam dan Setiausaha Kehormat PUBI Perak iaitu En Haizul Fakarudin.
Mempengerusikan program ini adalah En. Mohamad Rozlan Mohamad Razalli selaku Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) yang berpengkalan di Pusat Usahawan PKNP Bandar Meru Raya dan tetamu kehormat adalah Datuk Zainol Fadzi Paharuddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kerajaan Negeri Perak.
Pada program ini, peserta yang hadir telah menerima banyak input-input yang sangat berguna di mana program telah dibahagikan kepada dua sesi.
Pada sesi pertama, para peserta telah diberi penerangan berkaitan Geran Eksport – Market Development Grant (MDG) MATRADE oleh En Zulqarnain Mohammad, Penolong Pengarah MATRADE Wilayah Utara dan pada sesi kedua pula, para peserta telah didedahkan dengan peluang-peluang yang ada untuk menerokai pasaran vietnam dan apa yang perlu kita ketahui.

Sesi kedua tersebut telah dikendalikan oleh En Raphy Radzi selaku Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia Ke negara Vietnam dan tenyata program yang dianjurkan oleh Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) sangatlah berjaya serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.
PUBI Perak senagai NGO Usahawan di bandar Ipoh ini sangat berpuas hati dengan penganjuran program ini dan diharapkan agar program seumpama ini dapat dianjurkan secara berkala kerana ianya dapat membantu usahawan terutamanya PKS untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin juga akan terus meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu serta membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI