INFO: PERMOHONAN SPIN 2.0 – SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL SEHINGGA RM10,000
Usahawan mikro yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kini boleh memohon pembiayaan perniagaan melalui Skim Pembiayaan Informal (SPIN) 2.0 di bawah TEKUN Nasional.
SPIN 2.0 adalah skim pembiyaan yang ditawarkan kepada usahawan mikro yang tidak berdaftar dengan SSM atau PBT atau usahawan yang berdaftar dengan SSM atau PBT tetapi tempoh pendaftaran kurang daripada setahun.
Objektif pelaksanaan SPIN 2.0 adalah untuk membantu usahawan mikro bagi memulihkan dan memulakan perniagaan yang terjejas kesan daripada pandemik COVID-19.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Semak Status Bayaran & Kelulusan i-Sinar KWSP 26 Ogos 2021
Justeru itu, usahawan mikro yang berminat untuk memohon boleh mula membuat permohonan mulai 15 Ogos 2021.
NILAI PEMBIAYAAN
Nilai pembiayaan yang ditawarkan kepada usahawan mikro menerusi SPIN 2.0 adalah seperti berikut:
- Usahawan yang tidak mempunyai lesen/permit daripada PBT atau mendaftar perniagaan dengan SSM: Pembiayaan sebanyak RM1,000 hingga RM 5,000.
- Usahawan yang mempunyai lesen/permit atau mendaftar perniagaan dengan SSM yang didaftarkan dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan: Pembiayaan sebanyak RM1,000 hingga RM10,000.
JENIS PERNIAGAAN
Jenis perniagaan yang boleh dipohon menerusi SPIN 2.0 adalah seperti berikut:
- Usahawan yang menjalankan perniagaan secara kecilan.
- Penjaja kecil.
- Peniaga yang menjalankan perniagaan dari rumah (home-based business).
- Peniaga yang menjalankan perniagaan secara bergerak (mobile business).
- Peniaga yang menjalankan perniagaan atas talian (online business).
- Peniaga yang menawarkan perkhidmatan penghantaran (delivery services).
SYARAT PEMBIAYAAN
Syarat pembiayaan yang perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Pemohon merupakan Bumiputera atau India dan warganegara Malaysia.
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas (tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun).
- Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan.
- Pemohon mendapatkan pengesahan menjalankan perniagaan dari Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
- Pemohon mendapat permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau daftar perniagaan dengan SSM yang kurang dari setahun tempoh pendaftaran.
- Pemohon mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak.
- Bebas daripada tindakan kebankrapan aktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah.
CARA MEMOHON
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web TEKUN Online melalui pautan https://tekunfin.tekun.gov.my/login.
- Klik butang ‘Daftar Akaun.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
- Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
- Isi maklumat peribadi dengan lengkap dan betul.
- Hantar permohonan setelah semua lengkap diisi.
SOALAN LAZIM
- Berapakah kadar keuntungan bagi SPIN 2.0?
Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 0%.
- Berapa lamakah tempoh proses kelulusan bagi skim pembiayaan ini?
Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja (tertakluk pada terma dan syarat).
- Adakah pembiayaan menerusi skim ini dilindungi insurans?
Pembiayaan SPIN 2.0 dilindungi oleh Insuran Takaful dengan syarat masih dalam tempoh pembiayaan.
- Adakah TEKUN melantik ejen/wakil untuk menguruskan skim pembiayaan ini?
Pihak TEKUN tidak melantik ejen/wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan ini.
- Saya merupakan peminjam TEKUN sedia ada, adakah saya layak memohon SPIN 2.0?
Ya, anda layak memohon skim ini sekiranya rekod bayaran balik anda tidak tertunggak melebihi 6 bulan.
PERTANYAAN LANJUT
Sebarang maklumat lanjut mengenai CBRM 2.0, sila layari laman web TEKUN Nasional di pautan https://www.tekun.gov.my/ atau merujuk kepada pejabat cawangan TEKUN Nasional yang berhampiran di https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/.
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI