PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 26hb Januari 2023 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dijemput untuk menghadiri Sesi Perbentangan Bagi Pelaksanaan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) untuk tahun 2023 di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bahagian Kesejahteraan Komuniti.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Chief Executive Engagement Series (Perak)
Sesi perbetangan tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Lazuli, Bahagian Kesejahteraan Komuniti, Tingkat 15 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Persint 4 Putrajaya.
Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ke sesi perbentangan ini adalah Tuan Pengerusi iaitu En. Sharul Rahman dan Bendahari Kehormat Persatuan iaitu Saudara Mohamad Nafis.
Pada sesi tersebut, Saudara Nafis selaku Bendahari Persatuan telah diberi tanggungjawab untuk membentangkan kertas kerja Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) bagi melaksanakan sebuah program yang dijalankan di bawah kementerian iaitu Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) untuk tahun 2023.
Difahamkan terdapat lebih 50 NGO dari seluruh negara telah dijemput pada sesi perbentangan ini dan hanya NGO yang berjaya menepati kriteria yang ditetapkan oleh pihak kementerian sahaja yang akan terpilih untuk menjalankan program tersebut.
Seramai 10 orang panel penilai telah tampil bagi mendengar perbentangan daripada setiap NGO yang hadir dan antara yang mewakili pihak kementerian itu adalah Datuk Azhar Bin Ahmad selaku Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan turut dihadiri oleh Encik Shahrunaim bin Radzali selaku Timbalan Setiausaha Bahagian (Bahagian Kesejahteraan Komuniti) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Syukur ke hadrat Illahi di atas kejayaan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang telah terpilih bagi sesi perbentangan ini dan semoga PUBI Perak akan diterima sebagai penganjur perlaksana program yang bakal dijalankan bagi tahun 2023 ini di peringkat nasional nanti.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan terbesar yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.
Semoga program ini memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih serta mampu menjadikan mereka seorang usahawan yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
KOMEN TERKINI