KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 20hb Januari 2023 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Juruaudit Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-04/2023 bagi sesi tahun 2022/2023 bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Peral Bhd di Station 18, Ipoh Perak.

Mesyuarat Jawatan Kuasa Juruaudit dalaman ini telah dipengerusikan oleh Pn Jamaliah Md Yatim selaku Ketua Juruaudit Dalaman Koperasi serta dihadiri oleh dua orang Ahli Jawatankuasa iaitu Pn Noor Azlina dan juga En Mohamad Nafis.

Turut hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Juruaudit Dalaman ini adalah Bendahari Koperasi iaitu En Firdaus. En. Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd juga turut hadir bagi memantau proses-proses audit yang dijalankan oleh pihak Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd ini.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Sesi Temu Rapat Bersama Staf Kantin

Agenda utama mesyuarat ini adalah untuk menjalankan sesi audit secara berkala ke atas akaun-akaun kewangan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd serta mencadangkan penambahbaik berkaitan dengan kewangan supaya prestatsi kewangan Koperasi ini dapat dipertingkatkan. Untuk makluman semua, ini adalah operasi audit serta mesyuarat terakhir Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak bhd bagi tahun kewangan 2022 dan segala dokumentasi akaun yang telah diaudit oleh pihak KOPUBI telah diserahkan kepada pihak Juruaudit luar yang telah dilantik oleh pihak KOPUBI dengan kebenaran SKM bagi proses pengauditan seterusnya.

Setinggi tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Juruaudit Dalaman ini yang sangat komited untuk hadir ke Mesyuarat yang diadakan ini serta menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh anggota kepada mereka.

Semoga dipermudahkan segala urusan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha menjayakan misi & visi koperasi membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #CaknaEkonomiBangsa