KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 1hb sehingaa 2hb Februari 2023 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah menghadiri sebuah kursus yang dianjurkan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) iaitu Kursus Wajib Juruaudit Dalaman.

Kursus dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ini telah berlangsung dengan jayanya di Komplek SKOMK, Teluk Intan Perak dan telah dihadiri oleh lebih 20 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Koperasi yang bernuang di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dari seluruh Negeri Perak.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI) ke kursus yang bermanfaat ini adalah Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd yang diketuai oleh Ketua JKJAD KOPUBI Perak Bhd iaitu Pn Jamaliah Md Yatim dan dua orang Ahli Jawatankuasa JKJAD iaitu Pn Noor Azlina dan En Mohamad Nafis.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Mesyuarat Jawatankuasa Juruaudit Dalaman

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI) ke kursus yang bermanfaat ini adalah Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd yang diketuai oleh Ketua JKJAD KOPUBI Perak Bhd iaitu Pn Jamaliah Md Yatim dan dua orang Ahli Jawatankuasa JKJAD iaitu Pn Noor Azlina dan En Mohamad Nafis.

Alhamdulilah, peserta yang hadir pada kursus ini telah didedahkan dengan tatacara pengauditan dan perakaunan koperasi serta menimba ilmu dengan banyak sekali.

Segala ilmu tersebut boleh dipraktikkan di dalam mengelolakan pengauditan akaun koperasi serta akan memudahkan perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Koperasi masing-masing mengikut tataselia serta panduan yang sepatutnya diikuti oleh setiap koperasi yang berdaftar.

Kursus ini ternyata sangat bermakna serta memberi impak tersendiri di dalam melahir sebuah koperasi yang berwibawa serta kompetan di dalam masyarakat.

Semoga dipermudahkan segala urusan Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd di dalam usaha menjayakan misi & visi koperasi membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Koperasi Usahawan yang berpendapatan tinggi, berinovatif serta menjadi sebuah koperasi usahawan yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#KOPUBI #KoperasiUsahawan #CaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia