USAHA UNTUK MELAHIRKAN DAN MEMBANGUNKAN USAHAWAN KECIL MAHUPUN BESAR DITERUSKAN OLEH PUBI PERAK DENGAN MENGANJURKAN SEBUAH SEMINAR BERTAJUK SEMINAR POTENSI HOMESTAY 2019.

Alhamdulillah, pada 28hb April 2019 yang lalu telah berlangsung sebuah Seminar Potensi Industri Homestay anjuran PUBI Perak dengan kerjasama En. Akhmal Nizam founder kepada MyCribBooking.com dan juga merupakan salah seorang certified trainer dari Malaysian Digital Economic Corporations atau MDEC.

Seramai hampir 30 peserta di kalangan usahawan Homestay telah hadir untuk menyertai seminar yang kali kedua di adakan serta mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Seminar ini telah diusahakan oleh JK Kembara dan Rekreasi PUBI Perak yang telah diketuai oleh Tuan Abu Naufal.

Majlis penutup bagi seminar ini telah disempurnakan dengan kehadiran Tuan Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Sharul yang hadir untuk membuat perasmian penutup serta menyerahkan sijil-sijil penyertaan kepada peserta-peserta yang hadir.

Untuk makluman semua, ini adalah seminar kali kedua yang berjaya dijalankan oleh PUBI Perak setelah kejayaan seminar yang pertama yang telah berlangsung pada 27hb Januari 2019 yang lalu.

Semoga seminar ini akan dapat memberi impak serta ilmu yang bermanfaat buat ke semua peserta yang hadir pada seminar kali ini.

Insyallah..

#PUBIPerak