BERSEMPENA DENGAN PROGRAM BERSAMA AGENSI KERAJAAN DUN SIMPANG PULAI 2019 YANG BERLANGSUNG PADA 14HB APRIL 2019 YANG LALU, PUBI PERAK TURUT MENGANJURKAN SEBUAH BENGKEL KHUSUS BUAT PARA USAHAWAN DAN BAKAL USAHAWAN DI SEKITAR DUN SIMPANG PULAI.
Alhamdulillah, bersempena dengan Program Rakyat Bersama Agensi Kerajaan yang telah berlangsung pada 14hb Februari 2019 yang lalu.
PUBI Perak turut menganjurkan sebuah program keusahawanan yang telah dberi nama Bengkel Impak Usahawan PUBI Perak 1.0 Seramai hampir 50 orang usahawan yang mempunyai potensi untuk perniagaan mereka berkembang maju telah menyertai Bengkel Keusahawanan ini.
Bengkel ini juga sangat sesuai untuk usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan.
Tidak kira umur dan amat sesuai untuk usahawan yang inginkan pengalaman yang baharu dan ilmu baharu untuk memastikan kejayaan dalam perniagaan mereka.
Bengkel telah dimulakan pada sebelah pagi oleh Wakil daripada MDEC iaitu En. Firduas dengan tajuk Taklimat E-Usahawan iaitu ‘Bina Website Perniagaan Anda Dalam Masa 30 Minit’ kemudian diikuti oleh Forum Bicara Usahawan yang dikendalikan En Sharul Baha selaku Moderator Forum.
Ahli Panel yang telah dijemput untuk sesi forum ini adalah Pn Seri Melati Bt Asril (Founder Adily Catering), Pn Aini Safina Bt Jamaludin (Founder Safina Wealth Advisory) dan Pn Hazlina Hanif @ Kak L (Founder Produk Kecantikan Folio Essence).
Pada sebelah petang pula programm diteruskan dengan Taklimat daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Yayasan Perak serta diikuti oleh Taklimat daripada Timbalan Pengerusi PUBI Perak yang menyampaikan info tentang kelebihan bepersatuan dan serta Koperasi.
Akhir sekali program diteruskan dengan Ceramah Kerohanian yang bertajuk ‘Terbongkar: 5 Rahsia Kejayaan Usahawan Muslim’ yang mana Penceramah Jemputannya adalah Ustaz Kudus Alie Novel.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YB Tan Kar Hing (ADUN Simpang Pulai merangkap Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak) dan Majlis Perasmian Penutup telah dibuat oleh Pn Zuraidah Zakaria selaku Ahli Majlis Dewan Bandaraya Ipoh.
Beliau juga sudi menyampikan sijil-sijil kepada peserta yang hadir pada program ini.
Semoga dengan terlaksananya Bengkel Impak Usahawan 1.0 anjuran PUBI Perak ini akan memberi impak serta kesan yang bermanfaat kepada semua peserta-peserta yang hadir.
Insyallah..
KOMEN TERKINI