DALAM USAHA MEMBANGUNKAN USAHAWAN DAN BAKAL USAHAWAN, PUBI PERAK TURUT MEMBANTU AHLI PERSATUAN YANG DI DALAM KESUSAHAN.

Pada 13hb April 2019 yang lalu, PUBI Perak dibawah JK Kebajikan & Kerohanian telah menyampaikan sumbangan hasil kutipan derma dari ahli dan orang ramai melalui Persatuan kepada En. Zulkepli Bin Mohamad di Kampung Lata Papan, Kuak Lenggong, Perak.

Mewakili PUBI Perak menyampaikan sumbangan sumbangan berjumlah RM1,750.00 adalah Timbalan Pengerusi En. Nor Adzman Nali.

Kunjungan dan penyerahan bantuan kecemasan ‘Kasih” ini adalah kepada penerima yang merupakan bapa kepada ahli PUBI Perak iaitu Pn Zureimi Zulkepli yang ditimpa musibah iaitu pokok tumbang yang telah menimpa rumah mereka pada 24hb Mac 2019 yang lalu.

Kedua ibubapa Pn. Zureimi iaitu En. Zulkepli Bte Mohamad (63 tahun) dan Pn. Jamilah Binti Jusoh (52 tahun) tinggal di Kampung Lata Papan Kuak, Lenggong, Perak.


Rombongan AJK PUBI Perak ke Rumah En. Zulkepli Bin Mohamad di Kampung Lata Papan, Kuak Lenggong, Perak Darul Ridzuan

Kutipan dan kunjungan ini telah diusahakan oleh ketua JK iaitu Cik Mawardah. Turut serta ialah ahli JK Pn. Azmira, Bendahari Cik Zarina, Setiausaha En. Jamean dan AJK Pn. Zuraidah.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka. Terima kasih diucapakan kepada semua yang menyumbang dan semua yang terlibat dalam usaha kebajikan PUBI Perak ini.

Insyallah..

Baca Lanjut Tabung Bantuan Kecemasan “Kasih PUBI Perak” —>