
USAHA UNTUK MELAHIRKAN DAN MEMBANGUNKAN USAHAWAN KECIL MAHUPUN BESAR DITERUSKAN OLEH PUBI PERAK DENGAN MENGANJURKAN SEBUAH SEMINAR BERTAJUK SEMINAR POTENSI HOMESTAY 2019.
Alhamdulillah, pada 27hb Januari 2019 yang lalu, telah berlangsung sebuah seminar anjuran PUBI Perak iaitu Seminar Potensi Homestay 2019 dengan kerjasama Marketing Digital Economi Corporation (MDEC)
Pada seminar SEMINAR POTENSI HOMESTAY 2019, pihak PUBI Perak telah menjemput seorang tetamu jemputan sebagai penceramah iaitu Saudara Akmal Nizam Bin Abdul Halim yang merupakan salah seorang Certified Internet Marketing Practitioner(CIMP) , ITIL, COBIT5 dan Pengasas MyCribBooking.com serta mentor kepada komuniti Hartanah Pejuang Hartanah untuk segmen Homestay.
Seminar ini sangat mendapat sambutan dan PUBI Perak sangat berbesar hati mengucapkan tahniah kepada semua 42 peserta yang telah berjaya tamat seminar ini dan telah menerima sijil masing-masing yang mana sijil tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Sharul.

Klik untuk melihat photo program yang dijalankan ini ->
PUBI Perak Juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah juga kepada JK Kembara & Rekreasi yang diketui oleh Tuan Abu Naufal dan AJK beliau yang telah bekerja kerasa untuk menjayakan seminar ini.
Semoga dengan penganjuran seminar ini akan menjadi pemangkin kepada Pembangunan Usahawan di dalam industri pelancongan di Negeri Perak ini di samping akan merancakkan sektor pelancongan di Negeri Perak ini secara khususnya.
Insyallah..
#UsahawanHomestay #PUBIPerak
KOMEN TERKINI