KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini Pada 20hb – 21hb Jun 2024 yang lalu, telah berlangsung Program Pemukiman ANGKASA Negeri ; TaklimatTransformasi dan Penstrukturan Angkasa bertempat di Hotel Grand Dorsett, Subang, Selangor.
Program ini telah melibatkan seramai 192 orang Jawatan Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) di seluruh Malaysia dan En. Sharul Baha Bin Abd Rahman selaku Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd merangkap Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak telah dijemput untuk hadir ke program ini mewakili ANGKASA Negeri Perak.
Pada hari pertama Program ini, acara telah dimulakan dengan taklimat berkaitan dengan Integriti dan Rasuah yang disampaikan oleh wakil dari SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan disusuli Majlis Bacaan Ikrar Bebas Rasuah oleh semua JPAN.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Lawatan Kerja Ke Gaharu Tea Valley Gopeng
Program ini dilihat sebagai salah satu platform yang terbaik kerana mempertemukan di antara Anggota Lembaga Angkasa (ALA) dan juga barisan Pengurusan Kanan Angkasa di mana pelbagai perkara yang dibincangkan dan dikupas khusus dalam meningkatkan prestasi sejajar untuk mencapai KPI (Key Performance Indicator) yang telah ditetapkan.
Antara hal lain yang dibincangkan adalah berkaitan dengan Penstrukturan Baru Angkasa, Tadbir Urus Angkasa Negeri dan Pengurusan Kewangan Angkasa. Pihak JPAN juga mengutarakan sebarang persoalan atau isu menerusi satu sesi khas Dialog Bersama Lembaga di mana pelbagai cadangan dan pandangan diberikan dalam memperkemaskan penyusunan kerja pentadbiran dan pengurusan di ANGKASA.
Semua sedia maklum bahawa En. Sharul Baha bin Abd Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan Negeri ANGKASA Perak bagi tempoh 2024 – 2027dan ini merupakan platform serta permulaan yang baik untuk membawa KOPUBI Perak Bhd ke peringkat yang lebih tinggi.
ANGKASA adalah salah sebuah koperasi yang terbesar di Negara kita dan telah mengemudi pergerakkan koperasi di Malaysia sejak kita merdeka lagi.
Pada hari kedua pula, Presiden ANGKASA iaitu Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah telah membuat ucapan penutup perasmian dan seterusnya menyampaikan amanat beliau kepada seluruh Ahli Jawatankuasa ANGKASA Negeri yang hadir pada program tersebut.
Semoga ANGKASA terus memimpin Koperasi-koperasi di Negara kita ini demi mengubah lanskap serta ekonomi di Negara kita serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Insyallah.
KOMEN TERKINI