KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini Pada 22hb Jun 2024 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-38 (MAPA 2024) anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang diadakan secara hibrid iaitu menggunakan platform Zoom dan secara bersemuka bertempat di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor.
Pelaksanaan Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-38 ini sangat berjaya dan telah dihadiri oleh perwakilan dari seluruh Negara secara di dalam talian dan kehadiran anggota koperasi yang telah direkodkan adalah sebanyak 1,475 orang perwakilan.
Pada tahun ini En. Sharul Baha Bin Abd Rahman selaku Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah hadir Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-38 secara bersemuka di Auditorium ANGKASA, Kelana Jaya, Selangor.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Program Pemukiman Angkasa Negeri
Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-38 ini telah dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan telah dirasmikan oleh Presiden ANGKASA iaitu Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) dan Naib Presiden International Cooperative Alliance Asia and Pacific (ICA-AP).
Alhamdulillah, seterusnya Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-38 ini telah berjalan dengan lancar serta teratur di mana Pengerusi Mesyuarat telah mengawal selia perjalanan mesyuarat mengikut aturan serta agenda Mesyuarat yang telah ditetapkan.
Pada Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-37 ini juga Pengerusi KOPUBI Perak Bhd, En Sharul Baha bin Abd Rahman turut mewakili Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak selaku Setiausaha dan menyertai delegrasi ANGKASA Negeri Perak yang turut hadir.
Dengan terlaksananya Mesyuarat Agung Perwakilan Angkasa Ke-38 (MAPA 2024) ini, adalah diharapkan agar ANGKASA terus menerajui sektor koperasi di negara kita seterusnya memainkan peranan besar di dalam membantu membangunkan koperasi anggota serta mampu mengemudi gerakan koperasi di Malaysia ini.
Semoga ANGKASA terus memimpin Koperasi-koperasi di Negara kita ini demi mengubah lanskap serta ekonomi di Negara kita serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan sama-sama juga kita doakan kejayaan En Sharul Rahman selaku Pengerusi KOPUBI Perak Bhd pada sesi Pemilihan yang bakal diadakan pada masa hadapan.
KOPUBI Perak Bhd sentiasa memberi sokongan kepada segala usaha yang baik terhadap gerakan koperasi di Negeri Perak ini terutamanya gerak kerja yang diusahakan oleh ANGKASA Malaysia.
Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
#KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi
KOMEN TERKINI