KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 23hb Mac 2024 yang lalu Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan dua buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah mengadakan Program Edaran Beraneka Jenis Bubur kepada pengunjung-pengunjung Bazar Ramadhan anjuran PUBI Perak di Taman Temara, Ipoh Perak.

AKTIVITI KUMPULAN PUBI SEBELUM INI: Penyerahan Sijil Latihan Industri Kepada Pelajar Intern

Syukur sebanyak 100 bekas beraneka jenis bubur telah berjaya diedarkan dalam masa 45 minit kepada pengunjung-pengunjung Bazar Ramadhan di Taman Temara ini.

Alhamdulillah, cuaca pada hari tersebut sangat baik walaupun hujan telah turun pada pertengahan operasi penyerahan bubur dan segalanya telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan.

Dengan izinNya juga program ini sangat berjaya serta mendapat perhatian dan sambutan daripada pengunjung-pengunjung Bazar Ramadhan di Taman Temara ini.

Pada program ini, En Haizul Fakarudin selaku Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd merangkap Setiausaha Kumpulan PUBI telah mengetuai program amal ini dan disamping turut disertai oleh beberapa Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan juga Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.

Timbalan Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) iaitu En. Mohamad Farhan bin Che Zafri turut hadir pada program ini dan telah bertindak sebagai jurukamera program pada hari tersebut.

Alhamdulillah, cuaca pada hari tersebut sangat baik walaupun hujan telah turun pada pertengahan operasi penyerahan bubur dan segalanya telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan.

Antara Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan Ahli Lembaga KOPUBI Perak yang hadir adalah En Mohamad Firdaus selaku Bendahari KOPUBI Perak Bhd dan Pn Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha PUBI Perak merangkap Ahli Lembaga Koperasi KOPUBI Perak Bhd.

Turut hadir adalah Pn Norhuda selaku Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd merangkap Ahli Jawatankuasa PUBI Perak serta tiga orang Ahli Jawatankuasa PUBI iaitu Pn. Jamaliah Md Yatim dan Pn Noor Azlina Omar dan Pn Fiza.

Syukur kerana Kumpulan PUBI masih berpeluang untuk berbakti kepada masyarakat serta menyantuni penduduk setempat dengan aktiviti amal pada bulan yang sangat mulia ini.

Didoakan agar kita semua mendapat keberkatan daripada usaha yang telah dijalankan ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan menjadi salah sebuah entiti yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada NGO dan koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah.. 

#PUBI #NGOusahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia

Leave a Reply