
KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.
Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.
Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 22hb Disember 2023 yang lalu, Kumpulan PUBI telah menyerahkan Sijil Latihan Industri kepada Pelajar Latihan Industri yang ditempatkan di Kumpulan PUBI iaitu Cik Nur Jazliana yang merupakan salah seorang pelajar dari Kolej Polytech MARA, Ipoh Perak berjurusan ‘Diploma Management with Multimedia’.
AKTIVITI KUMPULAN PUBI SEBELUM INI: Majlis Bacaan Yassin Di Pejabat Baharu Kumpulan PUBI
Beliau telah menjalani latihan industri selama hampir 4 bulan dan telah menimba ilmu di dalam selok belok pengurusan NGO dan juga Koperasi.
Di sini Kumpulan PUBI yang terdiri daripada PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd ingin merakam ucapan setinggi terima kasih kepada beliau di atas segala idea serta khidmat kemahiran yang dicurahkan tanpa berbelah bahagi kepada Kumpulan PUBI.
Kami juga ingin mendoakan agar beliau terus sukses dan berjaya di dalam bidang pembelajaran yang diceburi serta berjaya mendapat segulung sijil yang diidamkan suatu hari nanti.
Semoga ukhwah di antara kita berkekalan dan semoga kita bertemu lagi di lain masa.
Insyallah 🤲🏻
#KumpulanPUBI #PUBI #NGOusahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi
KOMEN TERKINI