PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Pada 3hb April 2022 sehingga 1hb Mei 2022 yang lalu, PUBI Perak telah berjaya menganjurkan sebuah Bazar Ramadhan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Taman Temara, Ipoh Perak.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Sesi Penyerahan Surat Tawaran Pelaksanaan Program PEKB 2022

Syukur Alhamdulillah sebanyak 24 buah khemah telah didirikan di sepanjang tapak bazar tersebut yang mana melibatkan lebih 50 tapak bazar yang telah disediakan oleh pihak Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

Selama sebulan berniaga di Bazar Ramadhan anjuran PUBI Perak ini, para peniaga telah meraih pendapatan serta keuntungan berlipat kali ganda serta dilimpahkan rezeki olehNya.

Jumlah pengunjung yang hadir ke Bazar Ramadhan ini juga sangatlah memberangsangkan dan rata-rata sangat berpuas hati ketika membeli belah juadah berbuka puasa di sini.

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan bersama Penolong Setiausaha PUBI Perak iaitu Pn Zuraida dan Ahli Jawatankuasa En Khairul Akmal telah hadir sewaktu pembukaan bazar ramadhan ini pada 3hb April 2022 yang lalu.

Alhamdulillah, pada hari pertama pembukaan bazar ini adalah berjalan lancar dengan keadaan lalu lintas yang rapi serta tersusun.

Pada hari yang sama juga, Penolong Setiausaha Persatuan, Pn Zuraida dengan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa En Khairul Akmal telah mengedarkan lesen perniagaan sementara bazar ramadhan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kepada ke semua peniaga di bazar ramadhan ini.

Jumlah pengunjung yang hadir ke Bazar Ramadhan sangatlah memberangsangkan dan rata-rata sangat berpuas hati ketika membeli belah juadah berbuka puasa di sini.

Untuk makluman semua, Bazar Ramadhan Taman Temara anjuran PUBI Perak pada tahun 2022 ini menyaksikan seramai hampir 30 orang peniaga telah berjaya mendapat lesen perniagaan masing-masing dan telah memulakan perniagaan 1 Ramadhan tempoh hari.

Syukur hasrat untuk PUBI memberi kemudahan kepada peniaga-peniaga kecil mencari rezeki pada ramadhan kali ini telah tercapai dengan izinNya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MBI kerana memberi kepercayaan kepada pihak PUBI sebagai salah sebuah penganjur bagi Bazar Ramadhan di bawah Majlis Bandara Ipoh.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak