KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI Perak adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 29hb April 2022 yang lalu, Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan dua buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah mengadakan sebuah Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan dan Aidifitri kepada Rumah Kebajikan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam Kampung Melayu Sungai Rapat Ipoh Perak.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Program Edaran Beraneka Jenis Bubur Kumpulan PUBI

Program amal yang tidak perrnah terlepas daripada jadual tahunan Kumpulan PUBI ini telah berlangsung di AEON Mall Ipoh Klebang setelah mendapat kerjasama daripada pihak Pengurusan AEON Mall Ipoh Klebang.

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinya ya majlis yang dirancang tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan jaya di mana En. Sharul Rahman selaku Pengerusi telah mewakili PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd menjalankan amanah dengan menyerahkan sumbangan duit raya, dana sebanyak RM1,200 kepada Rumah Kebajikan ini serta menyediakan juadah duit raya kepada penghuni rumah kebajikan ini bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Turut hadir mewakili PUBI dan KOPUBI Perak Bhd ke majlis penyerahan ini adalah Nasib Pengerusi PUBI PUBI merangkap Setiausaha Kehormat Persatuan iaitu En Haizul Fakarudin.

Turut hadir adalah Bendahari PUBI iaitu En. Mohammad Nafis serta Penolong Setiausaha PUBI Perak iaitu Pn Zuraida dan Penolong Bendahari Persatuan, Pn Norhuda Abd Razak.

Antara Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang hadir adalah Pn Jamaliah Md Yatin dan Pn Nor Azlina Omar. JK En. Haizul Fakarudin.

Untuk makluman semua, sumbangan-sumbangan di atas adalah hasil daripada kutipan derma yang telah diberikan oleh para dermawan yang hebat lagi ikhlas yang terdiri di kalangan Ahli Persatuan, Anggota Koperasi dan juga orang awam.

Anak-anak Yatim dari Rumah Kebajikan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam Kampung Melayu Sungai Rapat Ipoh Perak turut membuat persembahan di AEON Mall Ipoh Klebang.

Sumbangan yang diamanahkan kepada kami, telahpun berjaya disalurkan kepada golongan yang memerlukan ini pada majlis yang berlangsung itu dan sesungguhnya Allah SWT akan membalas segala jasa baik para penderma serta diberikan pahala yang berlipat kali ganda dan diberikan rezeki yang melimpah-ruah olehNya.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Pengurusan AEON Mall Ipoh Klebang yang sudi menaja lokasi penyerahan sumbangan ini serta menyediakan fasiliti siar raya secara percuma untuk majlis yang sangat meriah serta penuh dengan kesyukuran ini.

Tidak dilupakan ucapan Tahniah dan terima kasih juga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd yang telah bertukus lumus bagi menjayakan program yang dirancang ini serta ahli-ahli persatuan dan koperasi yang mendokong penuh pelaksanaan program amal ini.

Syukur kepada yang Maha Esa kerana dengan limpah kurniaNya Kumpulan PUBI masih dapat berbakti kepada masyarakat serta menyantuni anak-anak yatim dengan aktiviti amal pada bulan yang sangat mulia ini.

Didoakan agar kita semua mendapat keberkatan daripada usaha yang telah dijalankan ini.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan menjadi salah sebuah entiti yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada NGO dan koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..

Jom tonton Klip Video Rasmi Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan Dan Aidilfitri Kumpulan PUBI 2022 di Youtube melalui link berikut –> https://youtu.be/9wn48KX2t7E

#PUBI #NGOusahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia