PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 18hb Ogos 2020 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah mengadakan pertemuan dengan salah seorang usahawan yang berjaya di bandaraya Ipoh iaitu En Zul yang mengusahakan perniagaan Putu Perak secara kormersial.

Objektif utama perjumpaan adalah untuk memperhalusi kerjasama strategik di antara kedua-dua entiti bagi merancakkan aktiviti ekonomi di Bandaraya Ipoh ini disamping melahirkan usahawan baharu di dalam bidang perniagaan.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Pembukaan Semula Pasar Malam PUBI Perak @ Taman Pinji Mewah

Alhamdulillah, secara dasar kedua-kedua pihak bersetuju dengan rangka projek dan konsep usahasama yang ingin dijalankan.

Projek ini dijangka akan memberi impak kepada ekonomi di negeri perak disamping melahirkan golongan usahawan yang ingin maju pada masa hadapan.

Turut hadir pada sesi perbincangan ini adalah En Helmi Fuzi selaku Timbalan Pengerusi PUBI Perak merangkap Ahli Lembaga Kopubi Perak Bhd dan Pn Lyn selaku Bendahari Kehormat PUBI Perak merangkap Ahli Lembaga Kopubi Perak Bhd.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga projek perintis ini menjadi kenyataan.

Insyallah..