JOM DAFTAR BENGKEL CELIK PEMASARAN SHOPEE
PUBI PERAK SEBAGAI SALAH SEBUAH PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENGANJURKAN SEBUAH PROGRAM YANG AKAN MEMBANTU USAHAWAN SERTA MAMPU MENINGKATKAN JUALAN SERTA KREDIBILITI SESEBUAH PERNIAGAAN.
Program tersebut adalah Bengkel Celik Pemasaran Shopee di mana melalui bengkel ini peserta akan mempelajari perkara asas dan perkara penting untuk meningkatkan jualan serta jenama masing-masing melalui platform applikasi shopee.
Kita sedia maklum bahawa platform jualan secara di dalam talian mengguna aplikasi seperti shopee dan lazada mahupun platform yang lain-lain telah memberi keuntungan yang besar kepada kebanyakan bisnes di dalam negara kita.
Adalah sangat merugikan sekiranya kita tidak mengambil peluang serta mempelajari kaedah jualan dalam talian yang jelas memberi impak yang besar kepada kita dan di dalam masa yang sama akan meningkatkan keupayaan peniagaan kita ke peringkat yang lebih tinggi.
Sekiranya kita gagal menambah ilmu serta gagal memahami perubahan semasa di dalam bidang pemasaran secara dalam talian ini, kita berkemugkinan besar akan ketinggalan lebih jauh ke belakang serta gagal bersaing dengan pesaing-pesaing perniagaan kita yang giat memajukan perniagaan masing-masing secara lebih berkesan dan efektif.
Oleh itu marilah sertai bengkel anjuran Jawatankuasa Pembangunan Usahawan PUBI Perak (JKPU) ini dengan nilai pelaburan wang ringgit serendah RM80 sahaja di mana anda akan mendapat pulangan pelaburan dalam bentuk manfaat dan kebaikan serta akan memberi impak kepada perniagaan masing-masing.
Antara topik-topik yang akan anda pelajari sepanjang bengkel ini adalah;
- Latihan Praktikal A-Z teknik membina Kedai Shopee
- Latihan dan mempelajari selok-belok pengendalian/setting aplikasi
- Latihan tambahan berkaitan Teknik Copy Writing dan Teknik Tajuk Memukau di dalam Shopee
Selain daripada itu, melalui bengkel ini juga kami akan mendedahkan kepada anda teknik-teknik bagaimana menjual secara berkesan di shopee dan tips ‘close sales’ dengan betul.
Maklumat bengkel ini adalah seperti berikut;
Tarikh : 05hb September 2020 (Sabtu)
Masa : 9am – 5pm
Tempat : Bilik Latihan Pejabat PUBI Perak, Station 18, Ipoh
Yuran : RM80 Bukan Ahli | RM70 Ahli Berdaftar
*Yuran termasuk Sijil Penyertaan, Sarapan Pagi Dan Makan Tengahari.
*WAJIB MEMBAWA LAPTOP SENDIRI BESERTA MOUSE, SMART PHONE DAN TERHAD KEPADA 12 PESERTA TERAWAL SAHAJA.
MENGAPA BENGKEL INI BERBALOI UNTUK ANDA SERTAI
✔ Modul bengkel ini akan dikendalikan oleh Coach eUsahawan Certified Trainer (MDEC) yang diiktiraf dan bertauliah.
✔ Bengkel dijalankan secara teori dan praktikal termasuk sesi dua hala.
✔ Dihadkan hanya 12 peserta sahaja supaya dapat tumpuan peserta, perhatian oleh coach dan kelancaran proses belajar.
✔ Anjuran Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak) yang dikenali ramai.
✔ Harga sangat berbaloi – harga biasa bengkel intensif seumpama ini boleh mencecah RM250 seorang.
Kepada mereka yang ingin bergelar usahawan berjaya atau sesiapa sahaja yang ingin terlibat dalam bidang jualan dan pemasaran yang ingin menggunakan aplikasi shopee sebagai medium pemasaran, daftarlah segera ke bengkel ini kerana tempat sangat TERHAD!
Untuk mendaftar sila whatsapps www.wasap.my/60123741272/Bengkel+Shopee
TARIKH TUTUP BAYARAN : 31HB OGOS 2020
Semoga bengkel ini akan memberi manfaat dan inspirasi kepada kita untuk terus maju dan berjaya di dalam perniagaan masing-masing.
Sama-sama kita jadikan tahun 2020 ini sebagai tahun pencetus kejayaan yang lebih besar kepada kita semua.
Insyallah..
KOMEN TERKINI